°∘∘27∘∘°

14.8K 1.3K 51
                                    

"Check!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Check!"

"Aik apa pulak? Suka hati kau je buat rules sendiri." Qayyum menolak semua buah catur sehingga kembali bertabur. Geram! Dah dua kali dia kalah. Selama ini dialah king of chess.

"Apa kejadahnya buat rules sendiri? Kau dah kalah tu, kalah ajelah." Aaren memaparkan baris giginya. Tersenyum menang dia dapat kalahkan Qayyum.

Melihat Qayyum yang hanya diam menyepi, Aaren terus rasa nak tergelak. Koyak betul mamat ni.

"Kau nak tahu tak sebab apa kau kalah?" Soal Aaren ingin menyelitkan lawak bodohnya.

"Hm? Kenapa?" Terangkat sebelah kening Qayyum. Setahu dia, dia kalah hanya disebabkan strategi yang salah. Takda sebab lain pun...

"Sebab kau tu dah kahwin. Apa je yang ada dalam kepala otak kau? Mestilah Cik Della. Tak adanya kau lincah macam dulu main benda ni—" Ujar Aaren seraya mengeluarkan kotak rokoknya dari poket seluar. Pemetik api yang berada di atas meja turut dicapai.

"Merepek je jantan ni." Automatik berkerut wajah Qayyum mendengar jawapan sahabatnya. Takda kena mengena langsung dengan isteri aku.

"Halo halo, everybody!"

Mereka berdua dengar dengan jelas bunyi tapak kasut seseorang. Dari suara dan tagline 'halo', semua tu dah kenal sangat! Siapa lagi kalau bukan Fareez. Cina bukit in the house.

"Salam tak reti bagi ke? Halo halo je kerja kau," Asap rokok mula keluar dari mulut dan hidung Aaren. Maaflah, dia dan rokok berpisah tiada. Bebola matanya naik ke arah Fareez yang sedang menuju ke meja mereka.

"Bodoh tu simpan sorang je Aaren." Qayyum merengus geram. Dia menyandarkan tubuh kebelakang.

"Ada apa kau masuk ZM ni, Fareez?" Tanya Qayyum baru sedar akan sesuatu. Jaranglah Fareez nak jejakkan kaki ke company ini. Melainkan ada mesyuarat ataupun arahan dari Tuan Muda.

"Nothing. Cuma rasa macam lama sangat tak jumpa kau. So I came here just to see you, buddy." Tenggelam mata Fareez disebalik senyum nipisnya. Sepet. Jejaka itu menampar lembut bahu Qayyum sebelum menarik sebuah kerusi untuk diduduk.

"Qay jeke? Aku kau taknak jumpa?" Aaren memaparkan wajah tidak berpuas hati. Amboi! Ingat sweet lahtu datang sini semata-mata nak jumpa Qayyum!

"Tak payahlah nak dramatis sangat. Mestilah aku nak jumpa kau sekali. Tapi lebih kepada Qayyum. Sebab muka kau bersepah boleh jumpa kat tempat lain." Bidas Fareez dengan selamba. Jauh di sudut hati, dia suka melihat Aaren koyak mental.

Dua saat kemudian, memang benar apa yang disangkakan Fareez. Aaren terus diam membisu. Sibuk bermain dengan asap rokoknya sendiri. Okey, kalini Fareez menang!

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now