°∘∘9∘∘°

14.4K 1.4K 169
                                    

Song title: Night Changes X Shayad
━─━─━──༺༻──━─━─━

"Iya-iya je kau Aaren ni rumah dia. Dibuatnya kalau aku datang rumah anak dara, tak ke naya." Fareez memusingkan iPhone nya ke sekeliling perkarangan rumah Puan Salima.

Sampai saja tadi terus video call dengan Aaren. Supportive friends lah katakan.

Aaren: "Anak dara tu mesti cakap apek jual ikan mana yang datang rumah dia. Sebabnya muka kau tak sesuai nak ajak masuk rumah." Bidas Aaren didalam panggilan.

Fareez menjungkit kening. Mujur langkahnya sudah berada tepat dihadapan pintu rumah. Malas hendak berbual dengan nada suara yang kuat. Takut terdengar sampai kedalam.

"Blah lah." Video call tadi dimatikan segera. Bukannya mentalnya yang tak kuat, tapi dia perlu cepat demi bersemuka dengan Qayyum. Lapan jam kut aku drive sampai sini.

"Err—" Baru saja tangan Fareez naik hendak mengetuk pintu, tersentak dia apabila secara mengejut pintu tersebut dibuka oleh seseorang dari dalam.

Terkial-kial Fareez melihat lelaki berumur yang membuka pintu ini memandangnya atas hingga bawah. Sekilas juga dia menjenguk sekeliling di perkarangan rumah. Kiri dan kanan.

"Cari siapa encik?" Tuan Hafiz mula menyapa.

"Maafkan saya. Betul ke ni rumah Qayyum? Qayyum Darwish." Tak silap haritu dia pernah terbaca sepintas lalu nama penuh Qayyum. Qayyum Darwish bin Ahmad Hafiz.

Betul lah kut. Bismillah.

"Kamu kawan Awish?" Tuan Hafiz menepuk dahinya perlahan. Lupa. Mana lah jejaka ini kenal 'Awish'. Itu hanya panggilannya dan juga Puan Salima gunakan untuk Qayyum. Tak pernah lagi ada orang lain memanggilnya anak lelakinya 'Awish'.

"Maksud Pakcik, kamu kawan Qayyum ke?" Tuan Hafiz kembali kepada topik asal. Segak betul jejaka didepannya ini. Senyumannya membuatkan mata mengecil, sepet.

"Betul. Saya kawan serumah dia, Fareez." Fareez melebarkan senyuman. Mujur Tuan Hafiz tidak gunakan pelat Kelantan ketika menyambut kedatangannya. Kalau tidak lagi naya nak translet.

"Oh ya? Kalau gitu, jum masuk. Dia ada kat dalam." Tuan Hafiz sudahpun ketepi serentak melebarkan bukaan pintu rumahnya. Memberi ruang untuk mengajak Fareez kedalam.

Fareez akur. Dia menanggalkan kasut dan mula melangkah masuk. Jaket hitamnya turut dicabut bertujuan untuk lebih selesa.

"Cepat lah. Saing mu mari doh tu—" Puan Salima merengus geram. Apa pasal taknak jumpa kawan pun taktahu. Berbuih mulut nak pujuk keluar dari bilik. Kalau anak dara lainlah.

"Iya.."

"Awish nak gi lah ni." Qayyum dengan rasa terpaksa menyarung T-shirt ke tubuh. Dengan rambut yang masih serabai dek kerana baru bangun tidur dia keluar dari bilik.

Puan Salima geleng kepala. Dia menarik cadar katil Qayyum agar lebih ketat dan kemas. Seketika matanya sempat menangkap gambar seorang gadis terpapar di skrin laptop.

Cantik. Seperti berkacukan. Hidungnya tinggi besertakan anak mata hazel.

Namun Puan Salima tak mahu menyelidik lebih. Dia sendiri tak tahu bagaimana cara nak mengaplikasikan laptop Qayyum itu.

Usai katil Qayyum di kemas rapi, wanita itu terus mengatur langkah keluar dari bilik.

"Hm?" Qayyum menyilang tangan memeluk tubuh. Dia sengaja paparkan wajah selamba didepan Fareez.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now