°∘∘10∘∘°

16K 1.5K 234
                                    

Usai solat subuh didirikan, sejadah kembali digantung ke penyakut. Hoodie hitam kegemarannya turut disarungkan ke tubuh. Qayyum menghela nafas ringan. Hari terakhir dia disini. Kerjanya juga patut diutamakan.

Beg galas yang berada di atas katil terus dicapai serentak mengatur langkah keluar dari bilik.

"Ummi jaga kesihatan. Ada masa, Awish balik sini lagi—" Tubuh Puan Salima ditarik erat kedalam pelukan. Lama. Bagai tidak mahu melepaskan dan meleraikan pelukan itu. Dia bakal rindu Puan Salima.

"Darwish.."

Apabila Qayyum terasa ada usapan lembut di belakang tubuhnya, terus dia melepaskan Puan Salima. Dia mendapatkan wajah Tuan Hafiz yang menyapa.

"Ingat. Kerja macam biasa. Jangan terlalu menangkan perasaan sampai lupa Allah." Pesanan yang diberi itu masih lagi terselit dengan kata-kata mutiara. Tuan Hafiz tak mahu melihat anak tunggalnya ini mementingkan dunia.

"Okey abah." Qayyum mengukir senyuman nipis. Tangan kanan abahnya ditarik lembut sebelum dikucup. Sesi menyalam tangan yang wajib dia lakukan setiap kali sebelum kembali ke kerja.

"Bawo kereta elok-elok. Tok soh kerjo sampa tok ingat tidur pulok." Soal kerja Qayyum? Ya, semuanya sudah tersemat dikepala Puan Salima. Sebab itulah dia perlu akur setiap kali Qayyum hendak balik.

"Ya ummi. Awish masuk kereta dulu." Qayyum hadiahkan kucupan dipipi kanan wanita itu sebelum dia mengatur langkah ke kereta.

Tangan Qayyum menjalar ke serata ruang duduk disebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan Qayyum menjalar ke serata ruang duduk disebelahnya. IPhone nya dari tadi berdering. Setelah berjaya mencapai iPhone, terus dia letakkan ditepi telinga.

"Tuan Muda Khalaf?" Qayyum menelan air liur. Bergetar seketika suaranya apabila Khalaf yang menghubungi.

Khalaf: "Villa Firas. I have something important to ask."

Hold on. Villa Tuan Muda Khaleef?

"Alright, I'm on my way, Tuan Muda." Biarpun dia agak tertanya dengan suruhan itu, tetapi harus diturut tanpa bantahan. Apabila panggilan tersebut telah dimatikan, iPhone tadi kembali Qayyum campak ke ruang duduk sebelah.

"Mampus aku." Dia melajukan perjalanan. Fokus menghadap jalan raya sambil otak ligat memikir apa yang bakal dia hadap sebentar lagi.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Lebih kurang 40 minit, arah perjalanan kereta Qayyum sudahpun dikelilingi dengan hutan. Villa yang dituju tersebut sudah dihafal selok beloknya.

Tidak lama kemudian, Honda Jazz Qayyum selesai masuk kedalam pagar utama sebuah banglo besar. Dia memakir keretanya dan segera keluar dari perut kereta.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now