°∘∘36∘∘°

9.1K 882 37
                                    

"Ssshh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ssshh.."

"Tahan sikit. I promise, I will be gentle.." Kapas yang baru sahaja dititis dengan ubat Fredella bawa ke bahagian rahang Qayyum. Wajahnya ditundukkan sedikit untuk menilik luka suaminya.

"Awak ni pun satu sayang. Kenapa tak shoot je jantan tu? Bukan dalam tangan awak ada pistol jugak ke?" Luka pada rahang Qayyum berbentuk memanjang. Calar. Jadi ia mengambil masa untuk Fredella menyapu ubat tersebut. Malah, dia sempat membebel.

"Intan yang tak bagi saya tembak," Pendek alasan Qayyum. Ekor matanya mengekori gerak-geri Fredella. Dia tidak berani gerak walaupun sedikit. Karang tak pasal-pasal tambah sakit Fredella buat.

"I know. Takpa lahh..." Kapas kedua dibuang. Sekarang, Fredella meniup perlahan luka Qayyum. Bertujuan untuk mengeringkan ubat tadi dan lebih meresap pada luka suaminya.

Ting! Ting!

Pasangan itu serentak memandang ke arah pintu hadapan. Siapa pula yang jejakkan kaki ke penthouse mereka di tengah-tengah malam macam ini? Sungguh mereka pelik dengan bunyi loceng tersebut.

"Kejap, saya jenguk siapa yang datang—" Qayyum terus bangun lalu menerpa ke arah pintu itu.

Sementara itu, Fredella kemas kapas-kapas yang sudah dipakai tadi. Ubat kuning, dan ubat luka yang lain dia masukkan kembali ke dalam first aid box. Sesekali dia pandang suaminya yang menghampiri pintu.

Qayyum menekan butang hijau yang bersebelahan smart doorbell camera di permukaan pintu. Figura yang berada di dalam rakaman direnung lama. Nafas dihembus berat setelah puas menilik tuan empunya figura itu.

Pintu dibuka segera. Qayyum tayang wajah bekunya kerana badannya betul-betul letih sekarang.

"Alololo... muka macam baru lepas kena marah dengan ummi," Bukan tanya khabar yang Qayyum dapat, tapi ejekan pula yang menaikkan anginnya.

"Siang-siang taknak pula cari aku, ini dah malam buta barulah beria," Nak tahu siapa yang ada depan mata dia sekarang? Siapa lagi kalau bukan yang sepet-sepet macam cina celup tu.

"Taknak ajak aku masuk ke? Aku tengah takut ni. Masa naik lift tadi ada dua orang awek kejar. Seram sejuk aku," Fareez memapar wajah selamba. Sebelah tangannya naik lalu ditongkatkan di tepi pintu.

"Buat-buat tak biasa pula kena kejar. Bukan dah practice banyak kali ke?" Qayyum beranjak sedikit ketepi. Memberi ruang untuk sahabatnya masuk.

"Shhh, maruah aku!" Jari telunjuk Fareez spontan melekap di bibir. Tanpa buang masa, terus dia melangkah masuk kedalam. Dia kena behave sikit datang sini.

Sebab apa? Sebab mak kepada segala jenis singa ada di dalam. Kena selalu beringat yang bini kawan sendiri adalah Cik Mudanya.

"Fareez? Ada apa ni?"

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now