°∘∘14∘∘°

15.6K 1.5K 249
                                    

"Papa..."

"Kenapa nasib selalu tak menyebelahi Lisa." Frame gambar arwah papanya dipeluk erat. Dia melayan perasaan seorang diri di balkoni bilik. Setiap kali dia sedih, pasti frame ini yang dicari.

"Della?—"

Fredella memusing tubuh kebelakang. Suara yang menyapa tadi menghentikan lamunan. Khalaf mendekat dan berdiri disebelahnya.

"Mama cakap, kau cancel—" Percakapan Khalaf terhenti apabila secara mengejut Fredella memeluk tubuhnya. Macam bertahun pula aku tak balik sini. Kut iya nak peluk, bagitahu lah dulu.

Tubuh tegapnya langsung kaku. Namun tangan naik membalas pelukan Fredella.

"Biarlah cancel.. Della taknak kahwin dengan lelaki tak guna tu—" Dia hanya berpeluang untuk memeluk tubuh abangnya yang seorang ini sahaja. Fredella hanya berani dengan Khalaf. Jika Khaleef yang dipeluk sudah tentu terasa janggal.

"Kalau dah tahu lelaki yang kau maksudkan tu tak guna—"

"Kahwin jelah dengan orang lain. Kan settle masalah?" Khalaf dapat rasa tamparan nafas Fredella yang berat. Broken teruk budakni.

"Banyak lah! Ingat kahwin macam gula-gula ke?" Fredella meleraikan pelukan. Dia renung abangnya sinis.

"Habis kau ingat aku kahwin dulu, bersusah payah macam kau sekarang ni ke?" Balas Khalaf mendatar. Dia sengaja mencabar Fredella.

Fredella membisu seketika. Khalaf tersenyum menang didalam hati.

"Baju nikah dah siap, tapi tak jadi pakai. Kan rugi tu?" Jejaka itu memusing tubuh. Menghadap langit yang sudah gelap.

"Senang cerita tak payah kahwin lah sampai tua!" Fredella merengus geram. Dia menyilang tangan memeluk tubuh. Ingat senang ke nak move on lepastu cari orang lain sedangkan masih stuck dengan masa lalu?

"Aih kau ni—" Wajah dipaling ke Fredella dengan pandangan dingin. Keras kepala betul! Getus hati Khalaf.

"Kau sepatutnya bencikan Uqael, tahu? Buang sikit bodoh tu boleh?" Kali ini dia nasihat adiknya tanpa bertapis.

"Bayangkan kalau Qay tak bagitahu yang kau kena culik masa tu? Dah tak suci lah kau sekarang ni. Belajar hargai usaha orang, Fredella." Khalaf mengetap rahangnya. Cuba bertutur dengan penuh sabar. Dia tahu semuanya walaupun berada di Berlin pada waktu itu.

"Ha-hahhh?" Riak wajah Fredella bertukar terkejut. Takda siapapun yang beritahunya tentang perkara ini. Dia 100% taktahu Qayyum turut terlibat dalam kejadian culik itu.

"Apa abang cakap ni? Setahu Della—"

"Kau taktahu apa-apa, Della. Nothing." Cantas Khalaf mendiamkan Fredella.

"Kau hanya tahu Qay yang rekod rakaman suara tu kan? Tapi, kau taktahu disebabkan dia kau terselamat. Dia trace kau sampai dapat. Kau ingat kau safe sebab Firas?" Khalaf beritahu tanpa selok-belok.

Dia tahu, Fredella berfikiran sedemikian. Memang semua orang merahsiakan semua ini darinya. Termasuk Khaleef.

"T-tapi... bukan Abang Firas ke yang selamatkan Della? Takkan lah Qay sanggup trace Della sampai macamtu sekali." Nada suara gadis itu jelas penuh hairan. Dia tidak puas mendengar Khalaf memberi penjelasan.

"Kalau aku cakap dia sanggup mati untuk kau?" Soal Khalaf dengan bidasan.

"Ab..abang—" Bibir bawah digigit lama. Matanya redup membalas renungan dingin Khalaf.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now