°∘∘15∘∘°

17K 1.6K 237
                                    

"Abang! Tunggu!" Fredella mengejar langkah mendapatkan kedua-dua abangnya.

Khaleef dan Khalaf berpura-pura tidak dengar. Mereka berdua melajukan langkah hendak keluar dari pintu utama.

"Berdosa buat pekak dengan adik sendiri tau!" Apabila Fredella berhenti, pinggangnya dicekak bersama wajah yang tidak berpuas hati.

"Taktahu taktahu, aku memang pekak." Khaleef dengan selamba meninggalkan Khalaf. Belum sempat adik lelakinya hendak keluar bukaan pintu dirapatkan dari luar.

"Ha kau! Tunggu situ—" Fredella berlari anak lalu terus menghalang Khalaf dari kembali membuka pintu.

"Apa dia yang kau nak ni? Nak suami pergi cari sendiri, bukan cari dekat aku." Balas jejaka itu menyakitkan hati. Dalam hatinya menyumpah seranah Khaleef. Dia sempat keluar, aku pula yang kena tahan!

"Abang sorok Qayyum ke? Kenapa Della pergi office takda dia? Tanya dekat Fareez pun dia kata taktahu." Teka teki dibuat sendiri. Fredella mula pelik dengan tingkah laku abang-abangnya.

"Aku nak sorok dekat mana anak orang tu? Pelik-pelik kau ni." Khalaf menolak bahu gadis itu ketepi. Dia menerpa kedepan dan hampir berjaya membuka pintu.

"Okay then. Bagitahu dekat mana kampung anak orang tu. Tak dapat kampung, alamat rumah Qay pun jadilah—"Soalan terus ditanya bertubi. Sekali lagi Fredella menghentikan langkah Khalaf.

"Cuba kau dengar..." Khalaf merendahkan tubuh tegapnya. Tangan kanan naik ke telinga, seperti mendengar sesuatu...

Fredella turut terikut. Fokusnya hilang seketika. Dia memasang telinga seperti yang disuruh. Anak mata hazelnya melilau ke sekeliling.

"Boo aku panggil. Kau dengar kan?" Selepas ayat itu ditutur, pantas Khalaf keluar melalui bukaan pintu yang kecil. Hanya itu saja yang dia mampu untuk buka, kalau lebar lagi takut kantoi. Dia berjaya meninggalkan Fredella terpinga-pinga.

"Ish!" Fredella merengus geram. Pintu dijeling walaupun abangnya tiada lagi disitu.

Sesaat berlalu. Apabila dia memusing tubuh kebelakang, mata Fredella membulat menyedari Aisy tercegat didepannya. Wanita itu tersenyum lebar melihat wajah terkejut Fredella.

"Ta-tadi abang cakap.. Kak Aaaa..."

"Dia usik Della je tu. Kak Aisy memang balik rumah mama sebab rindu dengan Harizz." Aisy menarik lengan Fredella lembut. Dia sempat menonton gelagat suaminya tadi.

"Jum ikut Kak Aisy kejap—" Lengan gadis itu ditarik lalu menuju ke ruang tamu.

Fredella hanya akur mengikut langkah kakak iparnya. Senyum tipis diukir walaupun sakit hati masih berbaki buat Khalaf.

"Della tercari-carikan Qay sebab apa?" Soal Aisy setelah selesai melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Della.."

"...terhutang budi dengan dia Kak Aisy." Balas Fredella dengan nada perlahan. Dia menyelesakan duduk bersebelahan Aisy.

"Habistu..kalau Della dapat jumpa Qay, Della nak balas budi dia dengan apa?" Ayat yang dilontarkan penuh maksud tersirat. Aisy sedar gadis itu terdiam seketika.

Terbit senyuman kelat dibibir Fredella. Otaknya ligat menyusun ayat apa yang nak dibalas. Mesti semua orang tahu yang dia sedang tenggelam dengan rasa bersalah sekarangni kan?

"Apa yang Della patut buat, Kak Aisy? Kenapa semua orang macam sembunyikan Qay?" Pandangan Fredella mula redup. Dia bersungguh betul nak tahu dimana Qayyum berada. Tapi... haih!

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now