°∘∘38∘∘°

8K 851 35
                                    

FAREEZ'S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FAREEZ'S POV

"Saya? Nama saya Hayfa,"

Lega Fareez setelah masing-masing dah tahu nama. Harapnya lepasni si Hayfa ni tak panggil dia 'tuan' dah lah.

"Good.." Apabila kedua-dua tangan diseluk kedalam poket seluar, wajah Fareez kembali menegang.

"Sekarang kau bagitahu aku. Macam mana kau boleh kena tembak malam tu, Hayfa?" Dia tak kira. Persoalan yang bermain di kepala pasti ada jawapannya juga. Serius Fareez bertanya.

Hayfa terdiam. Reaksinya sendiri susah untuk dibaca oleh Fareez. Nampak macam takut. Seolah-olah gadis itu kembali teringat dengan mimpi buruknya.

Lama Hayfa termenung pada siling wad itu. Kemudian, dia kembali mengalihkan pandangan kepada Fareez. Kepala digeleng perlahan. Hanya itu respon yang dapat dia beri buat soalan tadi.

"Kenapa ni?" Bingung Fareez melihat Hayfa.

"Saya..." Bibir bawah digigit. Hayfa memainkan jarinya pada selimut yang membaluti tubuhnya.

Hayfa takut. Orang kata kalau tak salah kita mesti berani jujur. Tetapi lain pula yang terjadi pada dirinya. Dia memang tak salah. Tapi kejujurannya akan mengundang benda lain.

"Se.. sebenarnya..." Hayfa mengiringkan wajah ke kiri. Dia tak mahu bertembung mata dengan lelaki itu.

Fareez semakin tertanya-tanya. Dia tak suka benda yang remeh-remeh begini. Buang masa. Bukannya dia tanya sambil marah. Yang nak takut kenapa?

Tiba-tiba mata Fareez cekap menangkap sesuatu di pipi kanan Hayfa. Tangannya spontan bertindak. Bahagian itu disentuhnya untuk lihat dengan lebih jelas.

"Tuan! Sakit..." Hayfa menjerit kuat apabila pipi kanannya disentuh secara mengejut.

Fareez menjatuhkan tangannya. Dia bukan cuba menyakiti gadis itu. Pipi kanan Hayfa ada kesan bengkak dan lebamnya merah hampir kebiruan. Baru sekarang dia perasan dengan luka tersebut.

"Who did this?" Siasat Fareez. Pada malam kejadian, dia memang tak sempat nak tengok lebih-lebih. Bila Hayfa hampir pengsan, terus dia bawa gadis itu masuk ke dalam perut kereta.

Hayfa masih beri respon yang sama. Terlalu takut untuk membuka mulut. Hanya mampu geleng kepala.

"Tiga kali dah aku tanya. Apa yang jadi dengan kau malam tu? And who did this?" Soal Fareez masuk kali keempat. Serius.

Fareez yakin dengan teorinya. Ada sesuatu yang terjadi pada Hayfa malam tersebut dan Fareez pasti ianya bukanlah sesuatu yang baik. Dan sekarang, dia mahu tahu apa yang telah terjadi!

Ada 'sesuatu' dalam dirinya yang membuatkan dia tak boleh duduk diam bila tahu Hayfa sebenarnya disakiti seseorang. Bagai mahu mengeluarkan kuku tajamnya. Pergi memburu siapa tuan badan yang meninggalkan luka-luka pada perempuan naif di depannya ini.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now