°∘∘46∘∘°

4.2K 492 24
                                    

"Qay

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Qay.."

"Qayyum?"

Hampir mengalah Fredella pusing satu rumah untuk cari Qayyum, padahal lelaki itu tertidur di atas sofa yang berada di ruang tamu. Nafas diatur, dia memang cepat mengah dan penat sekarang. Sambil Fredella membetulkan sanggulnya menggunakan frosted hair clip, sofa tersebut didekati perlahan-lahan.

"Sayang.." Rambut suaminya diusap lembut beberapa kali.

"Bangun Qay, kenapa tidur dekat luar?" Hairan dia bagaimana Qayyum boleh tertidur di ruang tamu. Penat betul agaknya.

Qayyum dapat rasakan lengannya digoncang. Namun kelopak matanya ibarat dihimpit sesuatu. Tak tahu kenapa susah sangat nak buka mata.

"Kita tak larat..." Betul-betul lemah nada suara Qayyum ketika itu. Dahinya berkerut bila pening datang mengejut.

Terus terdiam Fredella. Dia belum pernah lihat Qayyum lemah tidak bermaya sampai macam ini. Lututnya dibengkokkan sebelum menyentuh carpet ruang tamu. Dia separa duduk di tepi baringan Qayyum. Belakang tangan kanannya dilekapkan pada dahi lelaki itu.

"Demam?" Baru Fredella sedar yang suhu badan suaminya panas. Dia ubah pula kedudukan tangan ke leher Qayyum. Masih lagi panas.

"Saya taknak makan ubat. Saya cuma nak rehat je, sayang.." Qayyum tahu apa yang terlintas di otak Fredella. Sudah tentu isterinya akan suruh makan ubat demam. Tapi dia taknak. Badannya hanya perlukan rehat sahaja. Kalau melarat baru Qayyum akan pertimbangkan untuk makan.

"Boleh kan?" Dengan tenaga yang masih ada, Qayyum paksa matanya untuk buka. Walaupun hanya bukaan kecil saja yang dia mampu, tapi wajah risau Fredella dilihat dengan jelas.

"You sure?" Fredella merapatkan jaraknya dengan Qayyum. Tak sampai hati. Tambah pula suaminya tak pernah selemah ini.

Qayyum hanya mengangguk perlahan. Kemudian, dia kembali menutup mata. Kerutan di kening masih ada. Dia masih berlawan dengan pening.

Nafas berat dilepaskan. Fredella bangun lalu dia bingkas ke dapur. Dia mengisi sebuah mangkuk kaca dengan air paip. Mujur suhu air tidak terlalu panas. Lagi sejuk lagi bagus. Sehelai tuala kecil diambil dari dalam kabinet. Wanita itu kembali ke ruang tamu dengan membawa semua barang itu.

BERULANG kali Fredella memerah tuala kecil tadi dan dituam untuk mengurangkan suhu panas badan Qayyum. Tempat yang dia fokuskan adalah di dahi lelaki itu. Lebih kurang 3 minit, Fredella lega apabila suaminya dapat tidur dengan nyenyak. Tiada lagi kerutan di keningnya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Tiga perempuan tu kau dah prepare kan belum? Esok aku nak bawa diaorang pergi airport. Pastikan semua persiapan lengkap, sebab customer kita VVIP." Bicara Uqael seraya menyarung kaca mata hitamnya. Kanan dan kiri kawasan parkir dipandang sekilas sebelum dia menyusun langkah ke arah kereta.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now