Bab 1

6.7K 187 27
                                    

Tangannya lincah bergerak menggubah beberapa jambak bunga sejak semalam. Awal pagi lagi, kedai bunga Flory Florist sudah dikerumuni oleh ramai pelanggan kerana hari ini adalah merupakan hari All Souls' Day iaitu hari memperingati orang yang beriman yang telah meninggal dunia bagi yang beragama kristian sahaja.

Memandangkan Flory Florist merupakan satu-satunya kedai bunga yang terdapat di daerah ini, maka tidak hairanlah kedai bunga itu menjadi tumpuan para pelanggan pada hari penting itu.

"Lily aa, lu boleh tolong auntie ka?" Tanya Puan Karen yang sudah terpacak di sebelah Lily. Ya! Lily adalah nama panggilan si gadis untuk orang sekeliling yang mengenali dirinya atau nama penuhnya ialah Lily Rose binti Hisyam.

Gegirl sangatkan nama tu, tapi nak buat macam mana kalau arwah mommy Lily sendiri suka dengan nama tu sebab nama arwah mommynya juga tergolong dalam kumpulan tumbuhan botani. Ops!

Oleh disebabkan nama si gadis berasal dari spesies tanaman hiasan yang dipanggil sebagai bunga, Puan Karen sering mengusiknya apabila pelanggan ingin menempah bunga lily atau bunga rose, pasti dia akan memanggil si gadis dan memberitahu bahawa ada pelanggan yang ingin membeli dirinya. Walaupun begitu, Lily tidak pernah ambil hati kerana dia tahu Puan Karen tidak pernah memaksudkan apa yang dikatakannya. Apa yang Lily tahu, Puan Karen adalah seorang majikan atau bos yang sangat baik dan sporting.

"Boleh je auntie. Nak minta tolong apa?" Tanya Lily sopan lalu berdiri dan mengibas belakang seluarnya yang agak kotor itu.

"Tolong auntie beli itu ubat sakit pelut. Dali tadi auntie punya pelut sakit oo, kuat bunyi. Amoi cantik tolong auntie ya. Auntie sulah tilak tahan." Pinta Puan Karen dengan slang cinanya yang agak pekat sambil menahan perutnya yang asyik memulas sejak tadi katanya. Lily angguk mendengar permintaan Puan Karen.

"Baiklah auntie. Shera, tolong gantikan tempat saya ni boleh tak? Saya nak keluar sekejap." Lily meminta salah seorang kawan sekerjanya untuk menyambung gubahan bunga yang hampir siap itu sementara menunggu dia kembali semula membeli ubat seperti yang diminta oleh Puan Karen.

"Boleh je sis" balas Shera yang sedang membalut jambangan bunga.

Lily melangkah keluar dari Flory Florist untuk melaksanakan misinya mencari ubat sakit 'pelut' auntie Karen. Sesekali kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan sebagai langkah berjaga-jaga jika ada kenderaan yang melintas kerana Lily hanya berjalan kaki untuk ke kedai yang tidak jauh dari tempatnya bekerja.

Tiba di sebuah kedai runcit yang agak besar dan menjual pelbagai jenis barangan rumah, Lily membuat keputusan untuk bertanya terus pada cashier yang menjaga kaunter di depan. Otot-ototnya sudah tidak mampu ber'running man mencari barang di setiap pelosok kedai runcit yang boleh tahan luas dan besar itu.

Lily menyuakan kertas kecil yang tertulis nama ubat yang diperlukan Puan Karen kepada cashier yang menjaga kaunter.

"Oo pil chi kit teck aun. Kitak mok beli bapa igek dik (Adik nak beli berapa)?" Tanya Pakcik yang seusia dengan arwah ayah Lily dengan loghat bahasa melayu Sarawaknya sambil menunjukkan contoh kotak ubat yang ditanya oleh Lily sebentar tadi.

"Ambil dua kotak lah pakcik." Jawab Lily tanpa berfikir panjang dengan mempamerkan gaya dua jarinya. Baru sahaja Lily hendak menyuakan wang untuk membayar, Lily meminta pakcik tersebut untuk meletakkan barangnya ke tepi dahulu dan menunggu sebentar.

Perutnya yang berkeroncong disentuh. Lapar. Langkah kaki Lily ditujukan ke bahagian rak biskut dan roti untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan alas perut. Sudah menjadi rutin hariannya tidak bersarapan sebelum berangkat kerja. Bangun pagi, mandi, pakai baju dan terus gerak. Nak buat macam mana kalau balik-balik snooze alarm, last-last diri sendiri yang terlewat.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now