Bab 49

2K 86 32
                                    

Jari jemari Lily naik menyentuh wajah Ghazi. Wajah yang sentiasa menjadi hero penyelamatnya.

"Saya tak tahu macam mana saya nak balas budi baik abang pada saya. Abang baik sangat dengan saya, jaga saya, tak pernah tinggalkan saya bila semua orang benci dan jijik dengan saya. Hanya abang seorang je yang percaya saya. Terima kasih abang untuk segala-galanya. Terima kasih sebab abang kembali semula pada saya dan sayangkan saya macam sekarang...." luah Lily ikhlas.

"Anything for you sayang. Sampai sekarang abang speechless bila dapat tahu tentang kisah silam sayang. Tergamak Datin Zaskiah buat sayang macam tu. Kalau dari awal abang dah kenal sayang masa tu, memang mati perempuan tua tu abang kerjakan!" Dengus Ghazi geram. Tak sangka Datin Zaskiah layan Lily macam sampah, itu yang membuatkan Ghazi tak puas hati. Kenapalah baru sekarang Lily nak cerita, kalau dari awal dia cerita memang dia takkan lepaskan Datin Zaskiah dan kedua anaknya yang spesies chimpazi itu.

"Tak apalah abang. Biar masa yang tentukan semua. Saya yakin, sekarang ni mesti Datin Zaskiah tengah menyesali perbuatan jahat dia tu... Oh ya abang! Sebelum saya lupa. Bila pembicaraan kes Datin Zaskiah tu?" Ghazi membuka kalendar dalam telefon bimbitnya.

"Minggu depan hari Khamis sayang. Kenapa sayang?"

"Abang teman saya ya?" Pinta Lily berharap supaya Ghazi datang menemaninya. Ghazi angguk. Kepala isterinya diusap sayang.

"Sayang tak ajak abang pun abang tetap akan ikut sayang. Isteri abang ni dah tak boleh keluar sorang tanpa abang. Even dengan Mia sekalipun. Sebab setiap kali sayang keluar dengan Mia, mesti ada je benda jadi. Bawa bala betul la budak sekor tu!" Lily melepaskan tawanya. Sempat Lily menyiku perut Ghazi. Ada pula cakap adik sendiri macam tu. Nanti kalau Mia sakit, bukan main si Ghazi ni caring, siap ber'adik' 'adik' bagai. Bila mood ke laut, mulalah dia ber'aku' 'kau' dengan Mia.

"Tak baik abang cakap macam tu. Mia tu bukan setakat adik ipar saya tau, tapi dia pun kawan baik saya dunia dan akhirat. Jadi abang, jangan berani-berani nak kutuk kawan baik saya tu!" Ugut Lily dengan wajah yang dibuat-buat garang. Garang tapi comel.

"Yelah mak buyung oi! Ni sayang asyik duduk sini, tak bosan ke?" Lily pandang muka Ghazi. Bukan baru sekarang dia bosan, lama dah....Ghazi je yang tak faham perasaannya.

"Kenapa abang tanya? Kalau saya bosan pun bukannya abang nak ajak saya keluar ke apa. Suka seksa jiwa isteri sendiri. Macam tu ke cakap sayang, huh!" Ghazi berfikir sejenak sebelum senyuman lebar terukir di bibirnya sehingga terhasil lesung pipinya.

"Abang dengar-dengar ada satu kedai bunga ni baru buka beberapa hari yang lepas. Tak jauh dari tempat kerja abang. Bukan setakat jual bunga, benih bunga pun ada yang. Abang ingat nak ajak sayang datang sana, saja cuci-cuci mata mana tahu mungkin ada yang berkenan ke apa. Boleh tambah koleksi sayang yang ada kat depan sana tu haa. Tapi bila tengok ada orang tu muncung macam itik, nampak gayanya tak jadilah kot......." Ghazi yang berkira-kira hendak bangkit dari buaian itu ditahan oleh Lily.

"Mana ada orang merajuk. Tengok ni saya senyum. Cantikkan abang?" Lily siap kenyit-kenyit mata dengan buat gaya comelnya. Ghazi teguk liur! Isterinya ini bukannya nak memujuk, tapi.....

"Sayang nak pujuk abang ke, nak goda abang sebenarnya ni? Sayang jangan macam-macam eh! Bukan senang abang nak kawal diri ni yang. Kalau tak kenangkan ada baby dalam perut sayang tu dah lama dah abang-----"

"Haipp! Jangan cakap benda pelik-pelik. Nanti baby dengar. Abang nak kena marah dengan baby ke?" Laju saja Ghazi menggeleng. Haaa! Tahu takut!

"Kita pergi ya abang?" Ingatkan dah habis topik kedai bunga tadi, rupanya ada lagi.

"Hmmm, tengoklah macam mana. Tiba-tiba abang rasa takda mood la..." Wajah Lily serta merta berubah masam semasam buah pelam. Okey, fine! Takpa kalau tak nak.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now