Bab 16

2.3K 90 17
                                    

"Ar-Arman"

Terketar-ketar suara Lily semasa mengungkapkan sepatah nama tersebut.

Lelaki itu tersenyum sinis dengan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Kakinya perlahan-lahan melangkah maju ke arah Lily. Tanpa sedar kaki Lily juga bergerak mengundur ke belakang.

"Nice! Kau masih ingat lagi nama aku. Jadi maksudnya kau masih sayangkan akulah kan? Sebab tu dengan sekali pandang kau boleh cam aku" Lelaki yang bernama Arman itu tertawa halus sebelum wajahnya bertukar bengis.

"A-apa yang a-awak nak da-dari saya? A-antara sa-saya dan a-awak dah takda apa-apa" balas Lily menggigil. Air matanya mulai mengalir membasahi pipi.

"Sorry! Kau tanya apa tadi? Aku nak apa? Kalau aku jawab aku nak kau, kau boleh bagi tak?" Tanya Arman dengan senyuman sinisnya. Kaki Arman berhenti melangkah dengan matanya mulai meliar memerhatikan setiap inci tubuh Lily dari atas hingga bawah dengan bantuan cahaya lampu jalan yang menerangi kawasan tersebut. Arman menjilat bibir bawahnya.

Lily menggenggam kemas beg tangannya dan diletakkan didepannya melindungi bahagian hadapannya dari tatapan mata miang Arman. Lily tidak menjawab soalan Arman. Poket blazernya diraba kiri dan kanan mencari telefon bimbitnya. Kosong! Dahi Lily berkerut. Mana handphonenya? Dan tidak lama kemudian, mata Lily menangkap satu objek yang bercahaya di atas lantai di belakang Arman. Lily mengeluh. Masa ni juga nak jatuh!

"Makin lawa kau sekarang kan. Tak macam dulu. Dulu kau masih budak hingusan tapi sekarang..hmmm..Menyesal pula aku tak rasa kau dulu kan. Kalau aku tahu kau boleh jadi lawa macam ni, baik aku simpan je daripada aku bagi kau kat orang lain" kata Arman dan sekali lagi melangkah mendekati Lily.

Lily tidak mempedulikan kata-kata Arman. Tangannya masih sibuk mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Memandangkan hari ini dia menggunakan beg tangan baru dan bersaiz kecil, tiada apa yang dapat dimuatkan selain telefon dan dompetnya sahaja. Pepper spray dan cutter yang selalu menjadi penemannya ditinggalkan di rumah.

"To-tolong jangan ganggu hi-hidup sa-saya lagi Arman! Saya mohon.." Rayu Lily meminta belas kasihan daripada Arman. Arman melepaskan tawanya.

"Kalau aku nak kacau kau juga macam mana? Apa yang kau boleh buat?" Dan serentak itu, Arman menarik pergelangan tangan wanita di hadapannya itu sehingga tiada lagi jarak di antara mereka. Arman yang seperti kerasukkan mendakap erat tubuh Lily dan melabuhkan ciuman di sekitar leher wanita itu. Tangan Lily ditarik ke belakang dan dikunci supaya tidak mampu berbuat apa-apa.

"Aaaarrrr!! Lepaskan saya! Tolong! Tolong!" Lily meronta sambil cuba menolak badan Arman supaya menjauhinya tetapi tenaga wanitanya tidak sekuat Arman. Kaki Lily yang masih bebas digerak-gerakkan sedikit sebelum kakinya itu ditolak ke belakang dan dihayunkan laju ke depan sehinggalah...

"Arghhh! Sial kau perempuan!" Serta merta Arman menolak kuat tubuh Lily sehingga wanita itu terjatuh ke atas lantai. Arman terkepit-kepit menahan sistem reproduktifnya yang terasa nyeri akibat sepakan penalti daripada Lily. Berkerut wajahnya menahan sakit.

Lily yang baru saja mahu berdiri lantas kakinya ditarik oleh Arman dan lelaki itu terus menindih badannya dan mengunci pergerakkannya. Tangan Arman laju saja menampar wajah Lily beberapa kali sehingga wanita itu mendesis kesakitan sebelum tangannya itu merayap dan meraba leher Lily yang sedikit terdedah akibat butang blousenya yang tercabut dan hilang entah kemana disebabkan pergelutan antara dia dan Arman tadi.

"Tolonggggggg!" Jeritan Lily yang diselangi dengan tangisan membuatkan Arman semakin agresif.

BUK!

Badan Arman tercampak ke belakang apabila menerima tendangan kuat daripada seseorang. Lily menggesot ke belakang dan bersandar pada tiang dengan tangisan yang semakin kuat dihamburkan. Darah merah yang mengalir di bibirnya tidak dipedulikan.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now