Bab 19

2.1K 92 27
                                    

Selesai mandi dan menunaikan solat berjemaah, Lily berlalu ke dapur untuk membantu Tengku Hanisah dan yang lain menyiapkan makan malam.

"Ada apa-apa yang Lily boleh tolong?" Tegur Lily yang baru saja tiba di situ. Tengku Hanisah menoleh ke belakang sambil tersenyum lebar.

"Haa elok juga Lily kat sini. Meh tolong mama kupas bawang ni" Lily mengambil tempat disebelah bakal ibu mertuanya. Lily mencapai pisau dan mengambil seketul bawang merah untuk dikupas.

"Lily, mama nak tanya ni. Makanan favourite Lily apa?" Tanya Tengku Hanisah sambil matanya sesekali melirik ke arah bakal menantunya itu. Keperibadian yang dimiliki oleh Lily membuatkan hati tuanya tertarik dengan wanita itu.

"Mmm. Rasanya, semua makanan pun favourite Lily mama. Lily ni jenis semua masuk, tolak batu dan kayu je la" Lily tertawa lucu mendengar jawapan sendiri.

"Laaa ya ke? Kalau macam tu senanglah kerja mama lepas ni. Untung mama dapat menantu tak memilih bab makan. Kalau nak dibandingkan anak teruna dan anak dara mama tu..hm..ada je yang tak kena. Tak nak makan itulah, tak nak makan inilah. Memilih sangat. Pening kepala mama dibuatnya" rungut Tengku Hanisah apabila mengenangkan dua orang anaknya itu. Lily mengukir senyuman. Macam manalah nasib dia jadi isteri Ghazi kalau betul suaminya itu seperti yang dikatakan oleh Tengku Hanisah.

"Mama mengumpat Ghaz ke?" Lily dan Tengku Hanisah tersentak apabila Ghazi muncul dari arah belakang mereka berdua.

"Haa ahh! Mama bagitahu Lily anak mama ni memilih sangat bab makan. Biar nanti Lily boleh bersedia dari awal nak hadap perangai Ghaz yang tak semenggah tu" perli Tengku Hanisah tanpa berselindung.

"Apalah mama ni takutkan bunga kesayangan Ghaz ni" Ghazi tercebik manja. Dia dan Lily berbalas pandang. Bukan setakat mamanya saja yang beruntung bermenantukan gadis seperti Lily malah dia juga berasa bertuah memiliki wanita itu sebagai pelengkap hidupnya.

"Bunga sayang jangan percaya cakap mama eh! Abang tak macam tu. Abang budak baik. Nanti apapun yang sayang masak, semua abang telan. Sayang masak pasir gulai kayu pun abang makan. Abang janji" Tengku Hanisah buat gaya nak termuntah. Iye iye je si Ghazi ni.

"Amboi..dengan mama bukan main Ghaz ek! Kalau dengan Lily pasir dan batu pun Ghaz sanggup makan. Ni Lily, nanti jangan lupa tau masakkan pasir dan kayu untuk si Ghaz ni. Dia nak sangat kan, bagi jek!" Lily tertawa melihat karenah dua beranak itu. Sekarang dia tahu, perangai siapa yang Ghazi ikut. Lily bersyukur sangat sebab dapat ibu mertua yang baik dan tidak sombong.

Selesai makan malam, Raja ghazali sekeluarga berkumpul di halaman rumah yang telah diubahsuai menjadi ruang santai atau taman botani untuk melepaskan penat seharian bekerja. Ruang santai yang dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau dan bunga-bungaan segar menyerlahkan lagi keindahan dan ketenangan taman tersebut.

Mata Lily sejak tadi tidak lepas memerhatikan sekeliling. Teruja melihat keunikan tempat tersebut.

"Sayang cari apa?" Tanya Ghazi yang duduk disebelah Lily. Raja Ghazali dan Tengku Hanisah juga memaku pandangan ke arah bakal menantunya itu. Lily geleng dengan senyuman manisnya yang terlakar di wajahnya.

"Saya suka tempat ni. Cantik sangat. Tenang je rasa. Boleh tengok bintang, boleh dengar bunyi cengkerik..Rasa damai je dalam hati" luah Lily jujur. Tengku Hanisah terharu mendengar pujian ikhlas daripada Lily. Mana tak nya, kalau semua tu Tengku Hanisah sendiri yang rancang dan design sendiri.

"Kalau macam tu, Lily duduklah dengan mama dan papa kat sini. Teman mama. Lagipun mama sunyilah, anak-anak mama semua tinggalkan mama" Ghazi jeling mamanya sekilas. Mula dah Tengku Hanisah dengan drama slot samarindanya. Kemudian Ghazi toleh ke arah Lily. Rasa macam nak gigit je si Lily ni bila wanita itu laju saja mengangguk dan dengan senang hati menerima pelawaan dari mamanya.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now