Bab 31

2.4K 82 18
                                    

Lily berlalu ke arah meja dimana rakan-rakannya berkumpul.

"Congratulations nyah...cantek nak mateyyy weiii ko malam ni. Jealous aku tau!" Cebik Sufian yang laju saja nak mendakap tubuh kecil Lily tapi sempat dihalang oleh Zara dan Shiha. Kalau Ghazi nampak, ada yang kena campak dalam tasik buatan yang terdapat di resort mewah ini.

Lily tertawa melihat wajah cemberut Sufian. "Thanks Sofia. Kau pun apa kurangnya, lawa kau harini" puji Lily membuatkan wajah Sufian berubah ceria semula.

"Wuerk! Geli ketiak aku dengar!" Bidas Zara laju. Kini mereka berempat sudah menjadi satu geng.

Ghazi hanya menjeling dari jauh kelibat isterinya. Melihat Lilynya yang bergelak sakan dengan rakan-rakannya yang lain, serba sedikit membuatkan hati Ghazi tenang. Dia bersyukur kerana Lily kini dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan ikhlas berkawan dengannya.

Pap!

"Aku tanya kau boleh mengelamun. Okey tak cadangan aku tu? Kalau tak aku boleh bagi idea lain" kata Aryan yang baru saja menepuk bahu Ghazi yang termenung memerhatikan isterinya.

"Entahlah. Nanti ar aku tengok macam mana " balas Ghazi sambil garu kepala sendiri mendengar idea merapu daripada Aryan.

********************

Tok! Tok! Tok!

Lily merenung ke arah pintu bilik hotelnya. Siapa pula ni? Ghazi ke? Bukan Ghazi ada bawa kad sendiri ke tadi?

Lily mencapai selendangnya untuk menutup semula kepalanya. Pintu dibuka dan terpacul wajah seseorang yang amat dikenalinya di sebalik pintu.

"Hai kakak iparku yang cantik bak bidadari" sapa Mia dengan wajah terujanya sambil membawa bouquet bunga dan coklat untuk Lily. Lily menggeleng. Ada-ada je si Mia ni.

"Sejak bila jadi delivery girl ni? Siapa punya?" Tanya Lily dengan kening kanannya diangkat tinggi ala-ala Ziana Zain.

"Malam ni je. Akak punya lah, abang bagi. Ermmm, tak nak jemput adik ipar akak yang comel lote ni masuk dalam ke?" Tanya Mia sambil buat muka tak bersalah.

Lily tersenyum nipis sebelum menyelak luas pintu bilik tersebut dan membenarkan Mia masuk ke dalam.

"Wow! Besarnya bilik pengantin baru ni" Puji Mia yang masih kusyuk melihat sekeliling. Lily mengambil hadiah yang dibawa oleh Mia dan diletakkan di atas meja bulat.

"Ohya, sebelum akak tanya kenapa adik boleh ada kat sini sebab abang yang minta adik temankan akak. Abang pesan dia minta maaf sebab dia lewat sikit naik sini nanti. Ada hal dengan abang Riz dan yang lain. Akak tak kesah kan?" Lily geleng dengan senyuman. Sikit pun dia tak kesah. Tak naik terus pun lagi bagus. Tak kuasa dia nak menghadap muka hipokrit Ghazi.

"Akak, nak tanya sikit boleh?" Tanya Mia lembut.

"Tanya banyak pun boleh. Apa dia?" Lily melipat gaun pengantin yang disarungkan semasa majlis resepsinya tadi dan disimpan di dalam beg khas.

"Hubungan akak dengan abang dah okey ke? Saja la tanya. Sebab adik tengok akak macam masih marah je dengan abang" Tanya Mia perlahan dan berhati-hati. Takut jika pertanyaannya itu mengundang kemarahan Lily.

Lily melepaskan keluhan sebelum mengambil tempat duduk di atas sofa disebelah kanan Mia. Lengan Mia ditarik dengan kepalanya disandarkan di tepi bahu adik iparnya itu.

"Entahlah Mia. Akak tak tahu nak cakap macam mana"

"Sebenarnya akak tak kisah kalau abang nak cemburu ke, marah ke apa bila akak dekat dengan lelaki lain, sebab akak faham perasaan cemburu tu macam mana dan mungkin akak masih boleh maafkan. Tapi..." Lily geleng sebelum kepalanya diangkat menatap wajah Mia.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now