Bab 17

2.2K 94 49
                                    

Lily angkat kedua belah tangannya tinggi sambil meneliti tudung bawal satin berwarna turquoise itu. Bawal tersebut dibelek-belek. Mana depan, mana belakang ni?

"Nak pakai ke tak eh?" Lily masih berkira-kira untuk menyarungkan tudung itu di kepalanya. Satu-satunya tudung yang dia ada. Lily beli senyap-senyap semasa dia dan Mia shopping tempoh hari. Saja, nak cuba-cuba. Tak salah kan? Tapi..

"Masalahnya macam mana aku nak pakai benda alah ni?" Lily masih mencuba melilit tudung tersebut di kepalanya. Dah dekat dua jam juga si Lily ni pakai buka, pakai buka. Bila tengok muka sendiri di cermin, Lily terkekeh-kekeh gelak melihat wajah sendiri dengan tudungnya yang entah apa-apa jenis lilitannya. Handphonenya dicapai. Video tutorial dari youtube dibuka.

Lily mencuba sekali lagi. Sesekali matanya menggerling sekilas ke arah telefonnya. Lily pandang cermin semula. Lilitan dah okey cuma..

Sekali lagi Lily ketawa. "Kenapa boleh senget? Hahahaha! Dah macam badut" Lily mencapai beg tangannya dan berjalan ala-ala makcik jual kuih dengan tudung senget yang masih tersarung di kepalanya.

Selepas penat ketawa, Lily terbaring di atas katilnya. "Kenapa aku pakai buruk? Orang lain pakai elok je. Hmmm" Lily lepaskan keluhan.

"Aku beli salah tudung kot..ke benda tu bukan tudung..Habistu kalau bukan tudung nak panggil apa pula? Baju kurung?" Lily berdiplomasi dengan diri sendiri. Jam dinding dikerling. Tinggal setengah jam lagi. Tapi sampai sekarang dia masih belum bersiap.

Hari ini, Ghazi mengajaknya keluar dating. Katanya mahu berkenalan lebih rapat dengan Lily. Alasan yang tak berapa logik. Tapi takpa, Lily terima.

Lily bangkit dari perbaringannya. Blouse labuh belah tepi menjadi pilihan Lily. Lily tekad, buruk atau tak belakang cerita. Dia tetap nak sarungkan ikan bawalnya itu. Biarlah senget ke apa. Yang penting dia dah cuba yang terbaik.

Bunyi ketukan pintu rumahnya menyentakkan Lily. Mesti Ghazi. Lily tarik nafas dalam-dalam. Wajah dan pakaiannya ditilik sekali lagi. "Biar nampak buruk, yang penting niat aku ikhlas. InsyaAllah" Tutur Lily pada diri sendiri.

Buka saja pintu rumahnya, belakang badan Ghazi menjadi tatapan matanya. Urmm! Kalau belakang badan pun dah sado, apatah lagi bahagian depan.

Astagfirullah haladzim! Lily menjetik mata sendiri. Masa-masa sekarang juga nak menggatal.

"Abang?" Panggil Lily lembut. Ghazi menoleh kebelakang sebelum mulutnya ternganga dengan matanya membulat besar. Lily tersengih sebelum sengihannya mati. Kenapa muka Ghazi macam tu?

Lily tundukkan kepalanya melihat diri sendiri. Buruk ke? "Kenapa abang tengok saya macam tu?" Tanya Lily perlahan. Rasa nak nangis pun ya juga. Mesti Ghazi dah bersedia nak hina pakaian dia dengan tudungnya yang senget-benget.

"Cantiknya bunga kesayangan abang ni..bidadari pun boleh kalah kalau macam ni" Puji Ghazi jujur dengan matanya yang masih melekap pada wajah ayu Lily. Lily mencebik.

"Yelah tu! Sebenarnya abang nak cakap saya buruk kan?! Tahulah saya pakai tak cantik, lagipun saya tak retilah benda-benda macam ni" Jujur Lily. Mulutnya memuncung ke depan.

"Apa pula buruk? Tak buruk langsunglah sayang. Makin lawa adalah. Sampai abang terfikir dua kali nak ajak sayang keluar atau tak? Nanti semua mata lelaki miang tengok sayang. Abang tak suka!" Lily menekup mulutnya menahan tawa melihat Ghazi tarik muka nak merajuk. Elehhh! Padahal dia pun salah seorang yang tersenarai dalam kategori lelaki miang tu.

"Mengada! Dahlah, jom gerak. Over je abang ni. Tapi abang tak malu kan keluar dengan saya yang buruk ni?" Tanya Lily untuk kepastian. Ghazi senyum dan geleng.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now