Bab 7

2.5K 111 41
                                    

"Nama saya Ghamiya Sophia" wanita itu menghulurkan tangannya terlebih dahulu sebagai tanda salam perkenalan. Lily menyambut tangan Mia dengan senyuman lebar.

"Panggil Mia je kalau nak senang. Nama cik pula siapa?" Tanya Mia pula yang sejak tadi ingin mengetahui nama wanita cantik di hadapannya itu.

"Nama saya Lily" kini giliran Lily memperkenalkan dirinya kepada Mia. Mia tersentak sebelum teringat sesuatu. 'Lily? Macam pernah dengar. Kebetulan kot. Tak mungkin dia. Tapi kalau ya apa salahnya. Hehehe' monolog Mia dalam hati.

"Nama penuh Lily apa ya?" Tanya Mia yang masih tidak berpuas hati. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan wanita di hadapannya adalah seseorang yang dekat dengan...

"Lily Rose binti Hisyam"

Terlopong mulut Mia sebelum tangannya cepat-cepat menekup mulutnya. "Oh my goodness! Finally.. I meet you my future sis-in-law!! Aaaaaaa!! Oh my God, unbelievable!" jerit Mia dengan tangannya yang masih menutup mulutnya. Dia masih tidak percaya malam itu dia bakal bertemu dengan cinta hati abangnya.

"Cik Mia kenapa ni? Cik Mia okey ke?" Lily yang tidak berapa dengar apa yang disebutkan oleh Mia hanya berkerut dahi. Terkejut Lily apabila wanita itu tiba-tiba meloncat sambil terjerit kecil setelah mendengar nama penuhnya. Rasa macam artis lah pula.

Mia berdehem beberapa kali dan cuba menenangkan dirinya. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan sebelum kepalanya diangguk tanda dia okey.

"Pandai abang pilih bunga" gumam Mia melalui suara celah giginya dan hanya untuk pendengaran dirinya sahaja.

"Apa dia?" Tanya Lily apabila mendengar Mia seperti berbisik sesuatu. Kepala Mia pantas digeleng dengan senyuman yang masih terlakar di wajahnya.

"Sebenarnya saya nak cakap yang awak ni cantikkkkk sangat. Mia yang perempuan ni pun rasa insecure tau bila berdiri kat sisi perempuan cantik macam awak" puji Mia melambung membuatkan Lily tersipu malu.

"Mana ada. Saya biasa-biasa je lah cik Mia. Ni, kereta cik Mia kat mana? Mari saya hantarkan. Bahaya cik Mia jalan sorang-sorang macam tadi" kata Lily yang ingin menawarkan pertolongan untuk Mia.

"First of all, tolong jangan panggil saya CIK Mia. Panggil Mia je. Gelilah panggil cik cik ni. Second, saya tak bawa kereta sebab rumah saya dekat je. Kat situ hah" Mia menunjukkan ke arah apartment tempat dia tinggal. Mata Lily membulat sebelum kepalanya ditolehkan semula ke arah Mia.

"Ci-- eh. Sorry. I mean Mia. Erm.. awak. Awak tinggal kat situ ke?" Mia mengangguk laju.

"Kenapa tanya? Awak pula tinggal kat mana?" Lily membuat gaya yang sama seperti Mia menunjukkan bangunan apartment yang tinggi itu.

"Laa... Ye ke? Kalau macam tu, kita ni berjiran lah ye dok?" Lily tertawa sambil menjatuhkan kepalanya berulang kali.

"Kalau macam tu jomlah kita balik sama-sama" Lily dan Mia sama-sama mengatur langkah untuk pulang ke apartment sambil berborak kosong.

"Awak buat apa malam-malam kat tempat macam tu?" Lily mula menyiasat bagaimana Mia boleh diganggu oleh dua orang pemuda tadi.

"Sebenarnya saya lapar. Balik kerja tadi lupa nak singgah bungkus makanan. Maklumlah, bila tinggal sorang ni memang rasa malas nak masak, so saya lebih suka bungkus je dari kedai. Entah kenapa malam ni nasib saya tak baik, terserempak dengan dua orang peragut gila tu. Nasib baik awak datang tolong saya. Terima kasih banyak-banyak tau" terang Mia panjang lebar.

"Awak pula macam mana boleh ada kat tempat kejadian? Berani juga eh awak tolong saya tadi. Hebat awak berlawan. Cengginiii!" Mia menepuk bahu Lily lembut sambil mengangkat kedua ibu jarinya tanda 'good'. Cara Mia melayan Lily seperti mereka sudah bertahun berkawan. Kan dah cakap Mia ni memang spesies mesra alam dengan semua orang kecuali dengan Qayyum.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now