Bab 36

2.2K 80 25
                                    

Ghazi membuat larian pecut seratus meter tanpa menoleh kiri dan kanan setelah mengetahui kedudukan Lily daripada Bernard.

Sampai di pintu masuk cafe hospital tersebut, Ghazi mencari susuk tubuh Bernard dan....

"Sayang!" Panggilan Ghazi buat si isteri menyentakkan umat manusia yang sedang bersarapan di cafe tersebut. Semua mata menoleh ke arah Ghazi kecuali Lily yang masih leka menikmati hidangan nasi karinya yang merupakan pinggan ke lima. Bernard yang hanya berdiri tegak disebelah Lily menundukkan kepalanya ke bawah. Mati dia kali ni!

Ghazi memandang pinggan kosong yang bertingkat-tingkat di hadapan Lily. Kerusi di sebelah Lily ditarik sebelum Ghazi memberi isyarat kepada Bernard untuk beredar terlebih dahulu.

"Hai abang" sapa Lily penuh ceria dengan mulutnya yang comot kesan kuah kari yang melekat di sekitar bibirnya.

Ghazi terkedu. Punyalah lama Lily tidur tinggalkan dia seorang terkapai-kapai, bila bangun 'hai abang' je? Ghazi menyentuh dada sendiri. Ouch! Sakitnya tu disini.

"Abang tak nak makan? Nasi kari ayam ni sedap tau abang" Ghazi pula masih tergamam sambil memandang redup ke arah buah hati intan payungnya itu. Sehingga sekarang dia masih tidak percaya Lily sudah bangun dan bercakap dengannya.

"Ma-macam mana sayang bo-boleh ada kat bawah ni? A-abang tak mimpikan sayang? Sa-sayang dah tak tinggalkan abang kan?" Tanya Ghazi tergagap-gagap dengan air matanya mula bertakung. Lily tersenyum sebelum mengusap lembut pipi Ghazi menggunakan belakang tangannya kirinya.

"Alololo, cengengnya suami saya ni. Saya tidur kejap je pun. Bukannya lama sampai nak tinggalkan abang" Balas Lily tenang tetapi tidak pada Ghazi.

"Sekejap sayang cakap! Sayang tahu berapa lama sayang tidur tak bangun-bangun?" Lily buat gaya berfikir.

"Dua tiga hari? Maybe?" Ghazi geleng.

"Tiga bulan sayang. Tiga bulan sepuluh hari sayang koma sayang tahu tak?!" Lily melopong medengar kenyataan daripada suaminya.

"Uishh! Lamanya. Patutlah bila bangun saya rasa lapar yang luar biasa. Tiga bulan eh saya tak makan" Lily menggeleng masih tidak percaya.

Ghazi tepuk dahi sendiri. Dia ingat bila Lily dah sedar, dia orang pertama yang Lily akan cari. Tapi hakikatnya tidak. Lily lebih merindui makanan berbanding dia.

"Sekarang ni abang nak sayang cerita dari A sampai Z, macam mana sayang dan Bernard boleh ada kat bawah ni" Pinta Ghazi tegas. Tanpa Lily tahu, suaminya itu sudah hampir hilang nyawa mencarinya tadi. Ingatkan hilang kena culik ke apa, rupanya melantak nasi kari ayam sampai lima pinggan dia bedal. Lily tersengih. Selendangnya yang melorot sedikit dibetulkan.

"Citer dia macam ni...ekhemmm" Lily memnbetulkan kotak suaranya sebelum memulakan cerita.

"Pada suatu hari, ada seorang tuan puteri ni---"

"Sayanggggggg!" Dengus Ghazi geram. Orang serius dia boleh pula besatu hari besatu hari bagai. Lily terkekeh kekeh ketawa sebelum ketawanya itu serta merta terhenti. Wajahnya tiba-tiba berkerut seperti menahan sakit.

"Sayang kenapa ni?!" Tanya Ghazi panik apabila wanita itu naik menyentuh bahagian rusuknya.

"Sa-sakit abang" Lily pejam celik matanya berulang kali cuba melegakan rasa sakit itu.

"Kita naik atas sekarang ya! Jumpa doktor!" Lily angguk. Ghazi sudah bersedia menyorongkan kerusi rodanya. Risau Ghazi melihat Lily yang terbongkok-bongkok menahan sakit. Mungkin kesan daripada pembedahan di bahagian tulang rusuknya yang mengalami keretakan beberapa bulan lalu membuatkan wanita itu rasa sakit. Tu la, ketawa lagi mengekek. Kan dah sakit balik..

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now