Bab 6

2.6K 108 25
                                    

Empat tahun kemudian..

"On behalf of Malaysian Airlines and the entire crew, I'd like to thank you for joining us on this trip. We are looking forward to seeing you on board again in the near future. Have a nice day!"

Selesai pengumuman, Lily memandang ke luar tingkap kapal terbang yang baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan senyuman lebarnya. Akhirnya, dia kembali semula ke Malaysia dengan azam dan semangat yang baru setelah empat tahun berada di negara orang semata-mata untuk menamatkan pelajarannya di Melbourne, Australia.

Lily menempah perkhidmatan E-hailing service Maxim untuk pergi ke apartment yang disewanya dari dalam talian sejak seminggu lepas sebelum dia kembali ke Malaysia. Memandangkan Lily tidak punya keluarga atau saudara mara, dia berdikari sendiri mencari tempat tinggal untuk dirinya berteduh.

Setelah selesai urusannya dengan pemilik apartment yang disewanya dan penyerahan kunci rumah, Lily melabuhkan punggungnya di atas sofa berangkai dua untuk melepaskan lelahnya setelah beberapa jam berada dalam kapal terang.

Matanya diliarkan ke sekeliling. Disebabkan dia masih bujang dan hidup berseorangan, Lily memilih studio apartment atau lebih dikenali sebagai apartment bujang kerana saiznya yang agak kecil dan harganya yang lebih murah sangat sesuai untuknya. Ruangnya yang agak terbuka hanya merangkumi dapur, ruang tamu, satu bilik tidur dan bilik air. Sangat ringkas dan efisien.

"Next mission, job hunter. Huh! Harap-haraplah dapat. Amin" monolog Lily pada diri sendiri. Matanya yang hampir terkatup, terbuka semula.

"Sekarang masa untuk berkemas Lily. Bukan masa untuk tidur. Malam nanti nak pegi cari kerja. So, Lily! Please wake up! Don't malas-malas!" Bebel Lily pada diri sendiri sambil menepuk pipinya lembut berulang kali. Walaupun wang simpanannya masih ada, tetapi Lily tidak mahu membazir dengan membuang masanya menganggur sementara menunggu kerja tetap. Lily tidak kisah kerja apapun yang penting halal.

Sepanjang berada di Melbourne, Lily tidak tinggal diam. Setiap hujung minggu atau semasa tiada kelas, Lily akan menghabiskan masanya dengan melakukan kerja-kerja part time seperti membuat housekeeping di hotel-hotel, menjadi pelayan di restoran dan kadang-kadang mengambil upah menjadi personal shopper.

Selain itu, Lily juga berbakat dalam bidang mereka bentuk sehingga akhirnya dia menjadi seorang freelance graphic designer untuk brand identity dan logo design. Walaupun agak penat, Lily terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk menampung hidupnya yang sebatang kara. Bukan setakat keluarga dan saudara mara, kawan pun Lily tiada. Kawan biasa-biasa tu ada juga. Tapi setelah mengetahui latar belakangnya anak orang miskin, semua menjauhkan diri darinya. Ada juga yang jijik dengan Lily. Tapi Lily tak pernah kisah dan ambil peduli tentang semua itu. Dari kecil sudah terbiasa dengan situasi sebegitu.

Memandangkan Lily seorang pelajar yang bijak dan berbakat, dia mendapat tawaran scholarship daripada UEM Group Berhad selama satu semester sahaja sebelum ditukarkan kepada scholarship yang lain. Mulanya Lily agak pelik kenapa boleh jadi macam tu. Tapi apabila difikirkan balik, biar je lah. Apa yang penting bagi Lily adalah, dia dapat menamatkan ijazah sarjana mudanya dalam bidang master of marketing communication dengan jayanya. Tahniah Lily!

Malam itu Lily berlegar-legar di sekitar bandaraya Kuala Lumpur mencari kerja kosong. Walaupun kedengarannya agak pelik, tapi itulah hakikatnya seseorang yang bernama Lily Rose. Orang cari kerja waktu siang, dia pula cari kerja waktu malam. Dalam otaknya hanya fikir kerja dan cari duit, itu sahaja.

Nasib menyebelahi Lily apabila dia mendapat tawaran bekerja di sebuah kedai serbaneka dua puluh empat jam iaitu 7-Eleven yang tidak jauh dari tempat tinggalnya. Kebetulan yang jaga kedai malam itu adalah seorang manager kerana beberapa orang pekerjanya sudah berhenti, maka manager tersebut dengan senang hati mengambil Lily bekerja dengannya tanpa perlu ditemuduga. Malam itu juga, Lily diajar cara-cara menguruskan kedai seperti menyusun barang, mengira stok barang dan menjaga kaunter.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now