Bab 27

2K 77 23
                                    

Lily menggosok kedua belah telapak tangannya sambil kakinya mundar mandir di dalam pejabatnya. Hatinya tidak tenteram apabila mengenangkan kehadiran dua orang wanita itu di syarikat ini.

"Kenapa diorang datang sini? Nak jumpa abang ke? Jumpa abang sebab apa?" Lily bermonolog dengan diri sendiri. Tangannya bercekak pinggang dan sesekali dagu runcingnya digaru gaya berfikir.

"Kalau aku naik sekarang, rasa-rasanya diorang ada lagi tak kat atas tu?" Gumam Lily lagi. Sejak tadi, satu kerjanya pun tak bersentuh setelah dia pulang bertemu dengan Farah. Mana taknya, kalau fokusnya hilang dibawa oleh dua orang makhluk bunian itu tadi.

Sesekali jam di dinding dikerling sekilas. Tak sabar dia menunggu waktu rehat sebab nak serbu pejabat Ghazi. Selagi dia tak jumpa Ghazi sendiri, hatinya takkan tenang.

Tok! Tok! Tok!

Lily angkat kepala sebelum wajah Diana muncul di sebalik pintu officenya.

"Cik Lily jadi tak nak kirim barang tadi? Saya dah nak keluar ni" kata Diana yang setia menunggu Lily membuka mulut. Lily ada pesan Diana awal pagi tadi, kalau wanita itu keluar waktu rehat nanti, dia nak kirim sesuatu. Tapi nampak gayanya, macam tak jadi. Ada misi lain yang perlu dia selesaikan sekarang.

"Ermm, takpalah Di. Tak jadi. Nanti saya keluar beli sendiri. Thank you" balas Lily tersenyum nipis. Diana mengangguk dan terus berlalu. Lily melangkah keluar perlahan-lahan dan memerhatikan sekeliling. Kosong! Semua staff dah keluar rehat kecuali dia.

Tiba di tingkas atas dimana terletaknya pejabat Ghazi, sekali lagi Lily meliarkan matanya melihat sekeliling. Nampak gayanya, semua meja kosong termasuk cik Beatrice setiausaha Ghazi juga dah keluar. Lily bergerak seperti pencuri. Harap-harap tidak ada insan lain yang nampak perbuatan Lily yang curi-curi masuk ke pejabat Ghazi. Paling pun pak guard yang jaga cctv bangunan itu yang tahu ulahnya.

Lily menolak perlahan pintu pejabat Ghazi dan masuk secara mengundur. Lily nak pastikan betul-betul tiada staff yang nampak dia disitu. Setelah tubuhnya masuk sepenuhnya ke dalam ruang pejabat Ghazi, Lily menutup perlahan pintu bilik tersebut.

Ghazi yang baru saja hendak keluar lunch menghentikan perbuatannya apabila melihat wanita kesayangannya itu curi-curi masuk ke dalam officenya. Ghazi menyandarkan belakangnya pada meja kerja dengan tangannya dilipatkan ke dada. Matanya melirik belakang badan Lily yang berbaju kurung kedah moden.

Lilu menghela nafas lega apabila dia berjaya masuk ke pejabat tunangnya. Badannya dikalihkan ke belakang dan...

"Makkkkk hantu kau keluar!" Jeritan Lily membuatkan Ghazi juga turut terkejut. Dia yang menyelinap masuk dalam office orang, dia pula yang menjerit siap dengan pakej melatah.

Ghazi menghamburkan tawanya. Apa ke pelik perangai si Lily ni.

"Kenapa sayang cari abang? Rindu abang ke, hm?" Lily terkedu seketika. Mana ada dia rindu Ghazi. Rindu sikit tu adalah. Eh! Terjujur.

"Ma-mana ada saya cari abang. Perasan!" Kening Ghazi terjongket tinggi. Time macam ni pun Lily tak nak mengaku.

"Habis tu, kalau sayang tak cari abang sayang buat apa kat dalam pejabat abang ni? Nak mencuri?" Lily memicingkan matanya ke arah Ghazi.

"Apa pula nak mencuri? Orang dah dapat dah pun, nak curi apanya?" Balas Lily tenang. Ghazi tayang wajah bingung. Dah dapat apa?

"Sayang curi apa dalam office abang ni?" Lily tahan senyum. Ingatkan bijak sangat si Ghazi ni. Boleh pula dia blur.

"Curi hati abanglah, curi apa lagi..hehehehehe" Lily menekup mulut sambil ketawa. Kali ini Ghazi terkena dengannya. Berani eh Lily mainkan dia..

Ghazi mengatur langkah mendekati Lily. Serta merta ketawa Lily terhenti melihat wajah miang Ghazi. Gulp!

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now