Bab 20

2.4K 76 15
                                    

Deruman enjin kereta sport milik Ghazi menyentakkan ramai pekerja yang baru tiba di pejabat dan masuk kerja ketika ini. Keretanya berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk syarikatnya. Apa dia peduli, bangunan dan syarikat tersebut adalah miliknya. Jadi, terserah dia nak park kereta kat mana. Kalau ada yang tak puas hati boleh datang bersemuka dengan Ghazi sendiri.

Walaupun semua pekerja di situ tahu dan kenal namanya sebagai pemilik syarikat, tapi tak semua pekerjanya pernah melihat Ghazi. Dan kini, semua pasang mata tertumpu ke arah Ghazi yang membuat grand entrance melalui pintu masuk utama dengan wajah dingin dan bekunya. Kaki panjangnya dihayunkan dan melangkah penuh gaya menuju ke arah lift yang dikhaskan untuknya dan diiringi oleh orang kanannya iaitu Bernard Rick.

"Tu bukan ke Tuan Ghazi?" Bisik salah seorang pekerja wanita kepada rakan disebelahnya.

"Oh! Tu ke Tuan Ghazi?! Tak sangka pula Tuan Ghazi ni muda lagi. Ingatkan orang tua"

"Mak aii! Handsomenya Tuan kita tu eh! Tak hairanlah kalau selama ni dia jarang tunjuk muka. Kalau hari-hari macam ni, boleh pecah ovari aku!"

"Tapi peliklah, bukan dia selalu parking kat basement ke? Kenapa hari ni dia masuk ikut pintu depan pula?"

"Apa nak pelik, tempat ni dia yang punya. Dia nak masuk ikut pintu mana, itu terserah dia"

"Okey apa masuk dari pintu depan, boleh cuci mata. Lagipun aku dengar-dengar, Tuan Ghazi ni bujang lagi. Tak salah kan kalau nak try dia?"

"Eh hello! Cermin sikit diri tu. Kau ingat dia pandang ke muka-muka tak cukup protein macam kita-kita ni? Lebih-lebih lagi kita ni kuli batak dia je. Kalau dia nak cari calon girlfriend atau isteri sekalipun, mesti dia cari jenis yang kaki panjang, badan lentik, muka licin. Tau?!"

Kalau dah namanya perempuan takkan lari dari bergosip. Bukan setakat pekerja perempuan, yang lelaki pun terteleng kepala melihat kehadiran Ghazi awal pagi di situ.

Lily yang kebetulan baru tiba di syarikat milik Ghazi naik bingung apabila semua kepala staff-staff di situ ditolehkan ke arah lift.

"Diorang ni dah kenapa? Ada Shah Rukh Khan datang sini ke?" Lily menjengketkan sedikit kakinya. Dia pun nak juga busy body macam yang lain. Kepalanya dijenggulkan sedikit mencari apa yang menarik sangat dengan lift itu sehingga menjadi tontonan para pekerja di situ.

Lily memicingkan matanya, bentuk belakang tu macam kenal. Siapa lagi kalau bukan..Ghazi! Lily paling ke belakang, kereta yang selalu dinaikinya bersama Ghazi. Kenapa masa masuk tadi dia tak perasaan kewujudan kereta tu kat depan sana. Ghazi buat apa masuk dari pintu depan? Bukan dia cakap dia tak suka jadi tumpuan para pekerja ke? Sekarang baru Lily faham, kenapa Ghazi tidak suka menonjolkan dirinya, macam ni lah jadinya. Ada yang menggeletis macam ulat bulu, ada yang ternganga dan ada juga yang terteleng kepala sampai 180 darjah.

Tiba-tiba terbit rasa cemburu dalam diri Lily apabila hampir kesemua yang memerhatikan Ghazi adalah pekerja wanita. Dari yang muda sampai yang tua, semua excited. Lily mendengus geram. Menyampah!

*******************

Tok! Tok! Tok!

Lily angkat muka dan mengarahkan individu yang mengetuk pintu pejabatnya untuk masuk.

"Maaf mengganggu cik Lily, Tuan Besar nak jumpa cik Lily" kata Diana yang berdiri di muka pintu. Dahi Lily berkerut. Tuan Besar?

"Tuan Besar siapa? Yang mana satu?" Tanya Lily dengan wajah peliknya. Maklumlah, kat syarikat tu ramai yang berpangkat bos dan Tuan. Jadi Lily tidak pasti Tuan yang mana satu mahu berjumpa dengannya. Tapi kalau 'Tuan' yang paling teratas, siapa lagi kalau bukan tunang kesayangannya.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now