Bab 33

2.3K 91 8
                                    

Ghazi memandang sayu susuk tubuh isterinya yang terlantar tidak sedarkan diri. Air jernih yang bertakung di kelopak matanya akhirnya menitis jua. Tidak sampai seminggu Ghazi dan Lily mendirikan rumah tangga, mereka sudah diuji dengan dugaan seperti ini.

Bukan setakat Ghazi malah seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya yang lain juga turut terkesan dan sebak melihat keadaan Lily yang hampir tidak bernyawa itu.

Tangan Lily yang banyak luka dan calar itu ditarik dan dibawa ke bibirnya. Teringat kata-kata doktor yang merawat Lily beberapa minit yang lepas.

"Alhamdulillah Tuan, Cik Puan Lily akhirnya melepasi tahap kritikalnya. Cuma sekarang, Tuan Raja Ghazi dan keluarga diminta banyakkan bersabar dan teruskan berdoa untuk beliau. Buat masa sekarang pesakit akan terus berada di unit rawatan rapi ni sehingga keadaan beliau betul-betul stabil untuk memudahkan pihak kami membuat pemantauan ke atas pesakit. Jika keadaan Cik Puan Lily dah okey, kami akan pindahkan beliau ke wad biasa" Kata salah seorang doktor yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kes Lily.

"Apa yang saya dapat sampaikan disini, Cik Puan Lily mungkin akan mengambil masa sedikit lama untuk sedarkan diri. Atau kita isytiharkan sebagai koma. Untuk berapa lama, saya tak pasti. Bergantung kepada pesakit itu sendiri dan kami pihak hospital akan terus berusaha memberikan rawatan yang terbaik untuk beliau" jelas doktor yang sebaya dengan Raja Ghazali.

"Boleh saya tahu apa yang berlaku pada isteri saya?" Tanya Ghazi ingin tahu.

"Cik Puan Lily mengalami keretakan tulung rusuk di bahagian sebelah kanannya. Selain tu, tempurung lututnya juga patah dan yang paling parah sekali sehingga membuatkan beliau koma ialah kecederaan teruk pada bahagian belakang kepalanya sehingga menghasilkan darah beku" terang doktor tersebut secara terperinci kepada Ghazi.

"Luka ringan yang lain adalah seperti lebam di bahagian badan dan juga bahagian muka beliau" tambah doktor itu lagi.

"Sebagai suami, saya minta Tuan Raja Ghazi untuk terus kuat dan sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk beliau. Kalau ikutkan pengalaman saya yang lebih dua puluh lima tahun dalam bidang ni, saya percaya ada sesetengah pesakit koma ni kadang-kadang mereka boleh dengar apa yang berlaku disekeliling mereka, cuma tu lah..mereka tak mampu nak buat apa-apa dengan keadaan tubuh mereka yang terbaring kaku. Jadi saya selalu sarankan ahli keluarga pesakit untuk sentiasa berkomunikasi dengan mereka even though there's no respon from them, tapi percayalah, they're listen to us" kata-kata doktor yang merawat Lily membuatkan Ghazi bangkit semula.

'Aku tak boleh lemah! Aku tak boleh menangis macam ni! Lily perlukan aku dan aku tak nak kehilangan Lily!' bisik Ghazi pada diri sendiri sambil mengesat air matanya yang menitis laju.

"Lily jangan tinggal abang ya sayang. Sayang jangan takut, abang sentiasa ada untuk sayang, teman sayang dan jaga sayang. Sayang rehatlah..abang tahu sayang penat" Dahi Lily yang berbalut dikucup lama oleh Ghazi sebelum kakinya diatur melangkah keluar dari ruang unit rawatan rapi itu.

Tengku Hanisah melihat Ghazi yang baru keluar dari ICU itu terus meluru ke arah jejaka itu.

"Doktor cakap apa Ghaz? Macam mana keadaan Lily? Lily tak apa-apa kan sayang?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Tengku Hanisah buat anak lelakinya itu.

"Doktor cakap..Lily..Lily dia..dia koma. Doktor tak dapat pastikan berapa lama" Terketar-ketar Ghazi mengungkapkan ayat tersebut. Aryan yang berada di belakangnya menepuk bahu sahabat baiknya itu. Dia faham perasaan Ghazi tika ini kerana dia juga pernah melalui hal yang sama waktu ketika dulu.

"Ghaz takut ma..Ghaz takut kehilangan Lily. Ghaz tak mampu hidup tanpa Lily ma. Ghaz sayangkan Lily sangat-sangat..." perlahan-lahan badannya melorot jatuh ke lantai. Ghazi tidak mampu lagi membendung kesedihannya. Esakan yang ditahannya sejak semalam akhirnya terlepas jua.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now