Bab 38

2K 82 55
                                    

Mendengar bunyi deruman kereta yang baru saja tiba di perkarangan rumah, Lily laju saja keluar dari perpustakaan mini dan turun kebawah untuk menyambut ketibaan suami kesayangannya.

"Ab..ab..abanggggg..Hep hep hoorayy...selamat pulang abang" sorak Lily penuh ceria sambil membawa cheerleader pompom ditangannya. Jangan tanya mana dapat. Dia buat sendiri masa tengah dilanda kebosanan tahap langit ketujuh. Sekali sekala dia nak juga berkreativiti macam orang lain.

Ghazi pandang Lily atas bawah. Lily ke ni? Dengan rambutnya disanggul tocang dan wajahnya di make-up terang. Mak aiiii!

Tanpa menghiraukan isterinya, Ghazi terus mengatur langkahnya naik ke tingkat atas dan meninggalkan isterinya tercengang sendiri.

"Aikkk! Dia boleh lalu aku macam tu je? Bukan selalu dia peluk aku ke bila balik kerja?" Lily pandang susuk tubuh Ghazi yang semakin menjauh.

"Hish! Merajuk lagi le tu. Period ke apa mamat ni?" Gumam Lily sambil terjengket-jengket menaiki tangga. Disebabkan mahu buat senaman otot kaki, Lily lebih memilih naik tingkat atas menggunakan tangga berbanding lift.

Lily menjenguk ke dalam bilik tidurnya dan Ghazi. Bayang-bayang suaminya langsung tidak kelihatan. Tengah mandi kot.

Lily mengambil kostum dinasour dan disarungkan pada badannya. Kostum yang ditempah melalui shopee. Lily berdiri di hadapan pintu tandas menunggu suaminya keluar.

"Baaaaaaa...cak" Sekali lagi Ghazi tergamam. Kalau tadi isterinya itu menyertai pasukan sorak, sekarang Lily bertukar menjadi dinasour jadian.

Manakala Lily juga turut terkedu melihat susuk tubuh suaminya yang baru sahaja selesai mandi. Ingat nak kejutkan Ghazi, eh malah dia pula yang terkejut. Matanya melirik ke arah tubuh sasa milik Ghazi. Sejak menjadi pasangan suami isteri, inilah kali pertama Lily melihat tubuh Ghazi tanpa baju dan hanya mengenakan tuala yang terikat longgar paras pinggang. Dengan air yang masih menitis di hujung rambutnya membuatkan Lily teguk liur sendiri.

'Kamulah makhluk Tuhan, yang tercipta yang paling sexy' hanya lagu itu yang bermain di minda Lily tika ini sambil merenung setiap inci tubuh ketak-ketak milik suaminya.

Ghazi geleng sebelum mengalihkan pandangnya ke arah lain tanpa mempedulikan Lily. Ghazi berlalu masuk ke dalam ruang wardrobe dan diekori oleh Lily dibelakangnya.

Lily menarik tangan Ghazi supaya memandangnya. Tidak betah Lily bila suaminya itu asyik mengabaikan dirinya sejak tadi. Lari karang baru tahu!

"Abang..." rengek Lily dengan suara manjanya. Ghazi menjeling sekilas sebelum fokus mencari baju t-shirtnya

"Abang merajuk lagi ke? Kan saya dah janji tak cakap lagi pasal kerja tu. Abang janganlah marah lagi eh..alololo...bucu bucu cayang ni" pujuk Lily dengan tangannya yang bermain di bawah dagu suaminya seperti kucing.

Ghazi menolak lembut tangan Lily daripada terus menyentuhnya. Tak selesa.

"Kenapa abang macam takda mood je ni? Saya ada buat salah dengan abang ke?" Tanya Lily masih tidak berputus asa. Ghazi hanya memandang Lily dari pantulan cermin. Teringat kata-kata Melissa siang tadi membuatkan hatinya panas semula.

"Abang kenapa diam? Cakaplah sesuatu. Abang tak kesian ke dekat bunga kesayangan abang ni?" Tanya Lily lagi dengan menayangkan wajah comelnya. Lengan Ghazi digoncang untuk mencari perhatikan lelaki itu. Tetapi Ghazi masih tetap sama, tayang muka beku.

"Ke abang marah sebab saya banyak habiskan duit abang beli barang online? Kan kan kan?" Lily mencari wajah Ghazi. Mungkin sebab itu suaminya bersikap dingin dengannya. Sebab dia boros.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now