Bab 3

3.2K 101 26
                                    

Lily masih terkaku di tempatnya. Ghazi yang sudah berada jauh di depan menoleh ke sisinya, sepi. Eh! Mana pujaan hatinya tadi. Ghazi pusing ke belakang dan melihat Lily termenung sambil berdiri tegak di tepi kereta milik Ghazi.

Ghazi mengurut pelipisnya. Mula dah si minah jenin ni berangan. Ghazi patah balik mendapatkan Lily.

"Sayangggg" panggil Ghazi meleret. Lily tersentak mendengar panggilan buat dirinya. Tangannya laju menolak Ghazi supaya menjauhinya.

"Kalau Encik dah ada isteri kenapa nak keluar dengan saya? Encik suka ke kalau isteri atau teman wanita Encik serang saya?!" Amuk Lily tiba-tiba.

"Sejahat-jahat saya, saya tak ambil hak orang. Jadi mulai saat ni, Encik jangan dekat dengan saya lagi! Jijiklah!" Tanpa menunggu lama, Lily terus angkat kaki meninggalkan tempat tersebut walaupun pada mulanya dia teruja sebab ada orang belanja datang sini.

Ghazi tergamam mendengar luahan Lily. Niatnya sebenar ingin bergurau, tapi tak sangka Lily ambil serious tentang perkara itu.

"Bunga tunggu!" Ghazi melintasi Lily dan berdiri di hadapan Lily membuatkan si gadis brek mengejut. Kang tak pasal-pasal dia tercium dada seksi Ghazi. Mampuihh.

"Nak apa lagi?!" Lily mendengus geram.

"Tentang tadi, memanglah wife saya tak marah kita keluar sama sebab orangnya langsung tak wujud pun. Saya tak kahwin lagi lah bunga. But if you asking me about girlfriend, yes I have and it's you"

Serta merta darah merah menyerbu wajah pucat Lily. "Tipu!" Bidas Lily yang masih tidak percaya. Tak mungkin lelaki sekacak Ghazi single. Orang hesmes macam ni paling-paling pun ada tiga empat orang girlfriend, tu paling sikit arr.

Satu lagi yang Lily tak puas hati, suka hati bapak tiri laki mak dia nak claim Lily sebagai girlfriend. Bila masa pula Lily approve. Tanya pun tak.

Ghazi lepaskan keluhan. "Kalau bunga tak percaya, jom! Sekarang juga kita naik pejabat agama, cek nama abang samada abang ni suami orang atau tak. Kalau terbukti abang tak salah, malam ni juga abang bawa bunga salam tangan tok kadi, nak?"

Pap!

Laju saja tangan Lily menepuk bahu Ghazi. Orang cakap betul-betul, dia boleh pula main-main. Ghazi tersengih seperti kerang busuk. Padan muka, susah sangat nak percayakan.

"Ni, tadi cakap nak belanja saya masuk dalam kan. Tunggu apa lagi?" Lily pantas mengubah topik perbualannya dan Ghazi. Makin dilayan makin menjadi si Ghazi ni usik dia. Malu tau.

"Tahu pun takut. Dah jom masuk" Ghazi tergelak sendiri melihat gelagat Lily yang gelisah dan malu-malu kucing. Malu tapi mahu.

Ghazi mengeluarkan pursenya dan membayar tiket masuk ke pesta funfair yang baru sahaja buka beberapa hari lepas. Selesai membuat pembayaran, Ghazi dan Lily beriringan masuk. Lily teruja melihat pelbagai jenis permainan yang terdapat di situ seperti ferris wheel, merry-go-round ride, sky rider, mini roller coaster, bumper cars, game booth, rumah hantu dan macam-macam lagi. Seumur hidup Lily, dia tidak pernah merasa keseronokan sebegini.

Aktiviti santai, adventures dan trill semua ada. Tinggal pilih je yang mana menjadi pilihan hati. "Suka tak?" Tanya Ghazi yang tak lekang dengan senyuman di wajahnya. Lily angguk dan bertepuk tangan.

"Suka sangat! Dah lama saya teringin nak datang tempat-tempat macam ni. Terima kasih Encik sebab dah bawa saya datang sini" ucap Lily ikhlas.

"So, kita nak mula dari mana ni?" Tanya Ghazi lagi sambil meneliti setiap permainan yang terdapat di situ.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now