Bab 35

2.2K 76 33
                                    

"Any questions?" Tanya Ghazi dengan matanya yang masih fokus menghadap Ipad di depannya.

"No sir" balas beberapa orang pekerjanya yang turut menghadiri meeting pada pagi itu.

Ghazi mengangguk. "So, that's all for today. Thanks everyone"

"Oh ya! One more thing..Rahim and Jessica don't forget to send me all this tender by email. I need to check it first before we submit to our clients" arah Ghazi ringkas. Jejaka yang bernama Rahim dan seorang lagi wanita berbangsa cina itu pantas mengangguk.

"Sure sir. Then, you need a hardcopy one? I can prepare it too" Tanya Jessica membuatkan Ghazi berfikir sejenak.

"Yah! You can hand over to Beatrice by tomorrow morning. Thank you!" kata Ghazi sebelum menyerahkan dokumen lain kepada Beatrice untuk diletakkan di dalam pejabatnya.

"Beatrice, I've got to go now. Anything just call me" Beatrice mengangguk. Sudah faham ke mana arah tuju bosnya yang satu itu.
Ghazi mengatur kakinya laju keluar dari bangunan syarikat miliknya. Telefon bimbit yang tersimpan di dalam poket seluarnya ditarik keluar.

"Aduh! Time ni juga bateri nak kong bagai! Hish!!!!" Ghazi mendengus geram sambil kakinya berlari anak ke arah keretanya diletakkan. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa gelisah semacam ketika ini. Seperti ada perkara buruk yang bakal berlaku. Tapi apa?

Ghazi memulas tombol pintu wad isterinya sebelum dia terkedu melihat ramai umat Allah berada disitu. Yang lagi parah, semuanya lelaki kecuali isterinya. Bahaya ni!

"Korang semua buat apa kat sini?" Ghazi memerhatikan seorang demi seorang daripada mereka yang ada disitu sebelum matanya tertancap ke arah satu susuk tubuh yang mengerekot menahan sakit dan dikelilingi oleh kawan-kawannya yang juga baru tiba disitu.

"Siapa ni?" Tanya Ghazi ingin tahu. Bernard memberi isyarat mata ke arah Ghazi supaya melihat keadaan Lily terlebih dahulu.

Ghazi beralih ke arah katil yang menempatkan Lily dan kebetulan juga ada seorang doktor berada di sebelah katil Lily baru saja selesai memeriksa keadaan wanita itu.

"Isteri saya kenapa doktor?" Tanya Ghazi dan berdiri di sebelah kanan Lily. Wajah tenang Lily dipandang sekilas.

Doktor melepaskan keluhan sebelum memulakan bicaranya.

"Masa saya tiba disini tadi, saya dapati paras oksigen Cik Puan Lily turun mendadak sehingga menyebabkan berlakunya brain hypoxia iaitu keadaan dimana bekalan oksigen tidak mencukupi untuk sampai ke otak" Terang doktor yang memeriksa Lily sebentar tadi.

"Macam mana boleh jadi macam tu doktor? Sebelum ni isteri saya okey je kan?" Ghazi bertanya lagi dengan raut mukanya cukup menggambarkan betapa risaunya dia dengan keadaan Lily ketika ini.

Doktor menjeling ke arah lelaki yang masih tidak diketahui asal usulnya itu. "Ada seseorang yang masuk ke sini dan mematikan mesin alat bantuan pernafasan Cik Puan Lily ni" balas doktor tersebut dengan satu nafas sambil menunjukkan ke arah mesin tersebut.

Rahang runcing Ghazi bergerak menahan amarahnya. Urat pada leher dan dahinya mulai timbul tetapi Ghazi masih cuba menahan dirinya untuk tidak lepas laku dihadapan doktor tua tersebut.

"Alang-alang Tuan sendiri dah ada kat sini, saya nak minta kebenaran daripada Tuan untuk membuat pemeriksaan sekali lagi ke atas Cik Puan Lily melalui MRI dan imbasan CT scan" Laju saja Ghazi mengangguk.

"Saya benarkan. Yang penting isteri saya selamat" kata Ghazi sedikit tegas.

"Insyaallah. Kami cuba yang terbaik untuk merawat isteri Tuan" balas doktor tersebut dengan kepalanya diangguk beberapa kali sebelum tangannya menyerahkan sehelai kertas kepada Ghazi untuk ditanda tangan.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now