Prologue

431 23 0
                                    

Alunan ayat Al Quran menghiasi bilik berona putih itu. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Di saat semua masih lagi dibuai mimpi. Dia bangun menyembah Illahi.

Al Quran di tangan ditatap teliti. Kalam kalam Allah dilontar tenang dari dua ulas bibir kemerahannya. Memberi sepenuh tumpuan seolah olah dia sedang berbicara dengan Tuhan.

Seolah olah di dalam bilik itu,

Hanya ada dia.
dan Sang Pencipta.

"Sadaqallahuazim"
AlQuran yang terukir sebaris nama ditutup lembut sebelum dicium. Jelas tertera ukiran jawi di atas lembaran muka Al Quran berona beige itu.
نوح أل حق
Al Quran pemberian sang umi itu dipenuhi dengan nota nota kecil. Masih segar di ingatannya, hari di mana dia menerima lembaran AlQuran ini dari umi tercinta. Pesanan ringkas yang berada di hadapan muka Al Quran acap kali menjadi penguat diri.

Nota yang ditulis sendiri dari sang umi dan ayah.

Buat anakanda tercinta, Noah Al Haq.
Haq sayang.. hidup ini bertujuan kerana Allah. Ingatlah anakku. Jangan engkau terpedaya dengan hawa nafsu dunia. Jadikanlah lembaran Al Quran ini sebagai sahabat kamu. Sematkanlah kalimah Allah dalam hatimu. Sesungguhnya Naskhah ini yang akan membantumu kelak. Semoga anak umi dan abi menjadi hamba Allah yang diRahmati di dunia mahupun di Akhirat. Doa kami sentiasa mengiringi kamu.
- umi & abi

Tangan ditadah sebelum alunan doa kedengaran di segenap ruang.
Al Quran kembali diletakkan di atas tempat yang tersedia. Tempat Khas buat lembaran suci itu.

Tempat tertinggi di dalam bilik milik Noah Al Haq.

Manik tasbih di atas night stand dicapai sebelum dia kembali melabuhkan duduk di atas sejadah. Bibir meniti zikir zikir ringkas seraya tangan menggerakkan manik manik kecil itu. Mata terpejam menghayati bait bait zikir.

---------

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu subuh. Anak mata yang terpejam tadi kembali dibuka. Bibir yang meniti bait bait zikir tadi mula menjawab azan. 

Kaki panjangnya bangun dari duduk. Sejadah berona putih diatas lantai dicapai lalu disangkut. Songkok di atas kepala dibetulkan seraya kaki panjangnya melangkah keluar dari bilik menuju ke ruangan surau mini.

Pintu berona coklat cair diketuk sebelum dibuka perlahan. Iris hitam dihiasi tubuh sang umi dan abi yang sudah lengkap berpakaian solat.

"Assalamualaikum umi.. abi"
Salam diberi.

"Walaikumusalam Haq"

Senyuman manis diberikan buat kedua ibu dan bapanya.
"abi tak pergi masjid harini ?"
Dahi licinya berkerut nipis. Pelik apabila melihat sang ayah menyertai mereka berjemaah. Selalunya abinya akan berjemaah di Masjid jika tiada aral melintang. Dia pulak akan menemani umi berjemaah di rumah memandangkan dia perlu bersiap ke sekolah.

"abi ada patient lepasni. so kene pergi hosp awal"
Jelas sang abi yang lengkap berbaju melayu bersama kain pelikat dan songkok kemas di atas kepala.

Noah mengangguk ringkas. Faham akan kerja En Illyas sebagai seorang pakar jantung. Iris Hitamnya menoleh ke arah sekeliling ruang. Pelik apabila tiada kelibat sang adik di saf bersebelahan sang umi.
"adik mana ?"

"adik demam semalam. umi tak sampai hati nak kejut"
Pn Khadeeja yang sedang membetulkan telekung menjawab soalan sang anak.

Jawapan itu menerima kerutan di wajah Noah. Gusar akan keadaan adik perempuannya yang berusia 3 tahun.
"nanti haq check dia"

Kaki panjangnya melangkah ke saf hadapan bagi melaungkan iqamat. Selalunya dia akan mengimamkan sang umi dan sang adik. Tetapi memandangkan En Illyas berjemaah di rumah maka dia hanya menjadi bilal.

Hygge Where stories live. Discover now