sepuluh | gadis manis

197 12 0
                                    

"balik kampung.. oh oh oh balik kampung."
Riang suara gemersik Abisha menyanyikan lagu balik kampung seraya tangan membawa teddy bear dan beg kecil miliknya di sangkut bahu.

Tubuh kemas dibaluti blause labuh dipadankan dengan bawal yang dipakai kemas. Kaki melangkah keluar dari lift diikuti langkah Nubhan yang menarik bagasi miliknya.

"amboi happy nya dia."
Sofia yang baru tiba dari dapur menegur Abisha yang kelihatan teruja.

"mestilah ! bisha nak balik kampung kak ! eee bestnyaaa !"
Lebar senyuman di wajah jelita itu.

Abhan menggeleng kecil. Bagasi sang adik yang dibawa turun sebentar tadi diletakkan di tepi pintu sebelum kaki kembali melangkah ke ruang makan.
"duduk rumah orang elok elok lah adik. jangan buat perangai."

Abisha memberikan tatapan tajam buat abangnya.
"ihh abang ingat bisha ni nakal ke. bisha ni budak paling baik abad ni tau."

"fuhh confident beli mana dik."

Masam wajah Abisha mendengar perlian abangnya. Belum sempat mulut hendak membalas. Sofia lebih pantas menegah.

"dah Ya Allah tak baik gaduh depan rezeki. yang abang pun.. janganlah buli bisha."
Lembut suara Sofia menghentikan pergaduhan dua beradik itu seraya tangan dengan cekap menuangkan air ke dalam teko suaminya.

"ouchie my Daneena. kenapa tak backup abang ?"
Penuh gramatis Abhan beraksi membuatkan Abisha menggulingkan biji mata.

"kak Sof sayang bisha lebih huhuuu."

Belum sempat perang dunia kedua tercetus, sekali lagi Sofia menjadi pendamai.

"Sudah ! abang makan.. satgi lambat nak pi class. apa pulak student abang kata. Bisha.. Noah datang pukul berapa ?"

Abisha menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut seraya anak mata kembali membaca mesej ringkas dari Noah malam tadi.

"pukul 9"
Jawab Abisha ringkas seraya bibir memuncung kecil apabila mengingatkan bahawa Noah tidak membalas mesejnya.

Sofia melihat jam yang elok tergantung di dinding. Membulat matanya melihat jarum panjang yang hampir tiba di angka 11.
"Ya Allah adik ! dah lambat dah !"

"chill lah kak, Haq pun tak sampai lagi. lagipun bisha nak call ibu ngan walid dulu."
Tenang Abisha bercakap seraya mulut kembali mengunyah nasi goreng.

"walid call abang tadi, walid ngan umi baru landed. so sekarang on the way ke hotel mungkin."
Maklum Abhan ringkas.

Sofia melabuhkan duduk di sisi Abhan sebelum turut menjamah nasi goreng dihadapannya.

"oh ya, macam mana walid n ibu boleh tiba tiba bagi bisha balik kampung Noah ni ? bisha bodek ibu eh ?."
Abhan menyoal dengan kerutan di dahi. Jujur dia pelik apabila Tuan Malik dan Pn Asma membenarkan Abisha mengikut Noah sekeluarga pulang ke kampung mereka.

Abisha tersenyum penuh makna seraya minda kembali melayar saat di mana keluarga Noah makan malam di sini.

Dua buah keluarga itu tenang menjamu selera selepas mengaminkan bacaan doa makan yang diketuai oleh Noah. 

Abisha yang duduk berhadapan dengan Noah sesekali menatap wajah tampan yang leka melayan Hessa.

"minggu depan cuti sekolah kan ?"
Pertanyaan dari Tuan Malik menerima anggukan dari Noah dan Abisha.

"kenapa walid ?"
Abisha menyoal ringkas.

"ibu dengan walid kena pergi Singapore next week. Bisha ikut yer ?"
Terang Pn Asma penuh lembut.

Hygge Where stories live. Discover now