dua puluh empat | Jawapan.

152 13 0
                                    

Sudah dua hari Noah berkurung di dalam biliknya. Langsung tidak keluar dari bilik membuatkan Puan Khadeeja dan En Illyas gusar akan keadaan anak mereka.

"haq.. keluar sayang.. makan.."
Lembut suara Puan Khadeeja memanggil sang anak.

Tersentak kecik Puan Khadeeja apabila pintu bilik Noah terbuka dari dalam.

"Haq.."

Noah menatap sang umi.
"umi.. haq minta maaf.. haq minta izin keluar kejap.."
Tangan sang umi dikucup sebelum dahi Puan Khadeeja turut dikucup lembut.

"Haq nak pergi mana sayang.."

"haq nak cari jawapan.. pada semua soalan Haq.."
Perlahan suara serak itu bersuara. Jelas suara itu lemah. Wajah itu pucat lesi.. namun Puan Khadeeja tidak sampai hati hendak menghalang.

Mata mengiringi pemergian sang anak keluar dari perkarangan rumah.

Tuhan, ke manapun langkah anaknya.. restui dia.

.⁠。⁠*⁠♡

Anas dan Maryam melabuhkan duduk dihadapan Noah. Lelaki itu memakai topi dikepala membuatkan Anas dan Maryam tidak dapat melihat dengan jelas wajah Noah.

"Noah.."

Noah mengangkat wajah. Reaksi lelaki itu beku. Membuatkan Anas dan Maryam sekali lagi dihimpit rasa bersalah yang menggunung.

"i read it.."
Beku nada suara Noah.

Anas dan Maryam diam membiarkan lelaki ini bersuara.

"I read her letter.."

"and i need your explanation now.."

Tangan Noah naik membetulkan topi dikepala. Air dihadapannya lansung tidak disentuh.

Anas melihat Maryam. Memberi ruang Maryam menjelaskan segalanya.

"Ingat time kita SPM ?.."

Noah diam membiarkan suara Maryam menyapa sistem pendengarannya.

"Time tu.. Abisha warded.. dia terpaksa jawab paper dalam ward.. no one know dia warded selain aku.. family dia dengan pihak sekolah.."

"Lepas exam habis.. she going through a surgery.. a heart transplant.. "

"Alhamdulillah doctor cakap.. the surgery went well.. tapi Abisha ditidurkan.. sebab there's a side effect after the surgery.."
Nada suara Maryam datar. Matanya lansung tidak menatap Noah mahupun Anas.

Seperti yang dia kata..

Kepulangan Noah bakal membuka kembali luka.

"lama.. sampailah keluar result.. dia takboleh datang sekolah untuk ambil result.."

"hospital tu.. tak ubah macam rumah dia Noah.. lepas dia sedar.. she ask me about you.. and aku cakap yang kau dapat scholarship and will pursue your study in Mesir.."

"kau tahu reaksi dia waktu tu.. jelas aku nampak dia tersenyum walaupun muka dia pucat.. dia kata dekat aku.. tu impian kau.. dan dia happy sebab kau boleh capai impian kau.."

"Bila Bisha dapat tahu kau dah nak fly.. dia berkeras nak hantar kau dekat airport eventho waktu tu keadaan dia lemah sangat. Dia merayu dekat ibu dengan walid."

"Dia nak hantar kau walau sekejap. Dia nak tengok muka kau walau sesaat.. untuk kali terakhir.."

Noah mengetap gigi. Air mata ditahan dari turun. Masih segar diingatannya memori semasa dia mahu berangkat ke Mesir.. kehadiran gadis itu di Airport. Dia terlalu gembira melihat Abisha sehingga tidak sedar bahawa gadis itu sedang sakit.

Hygge Where stories live. Discover now