satu | bulan

266 17 0
                                    

Anak mata bundar milik Abisha Nayyira leka menatap langit yang disinari bintang. Bintang bintang yang bersinar itu lansung tidak menarik perhatiannya. Iris Hitam itu hanya tertumpu pada Bulan. Bulan yang menyinar terang.

Baju hospital yang tersarung di tubuh dibetulkan apabila angin malam menyapa tubuhnya. Cardigan yang berada di sisi diletakkan di atas bahu sebelum anak mata kembali menatap langit.

"Ting !"
Bunyi notification dari handphone lansung tidak menganggu tatapan Abisha. Sehinggalah tubuh kecil itu tersentak apabila handphone miliknya kuat berdering menandakan ada panggilan masuk.

Dengan malas anak mata melihat sekilas screen handphone.
"huwaina"
apabila nama sang sahabat tertera. Punat accept ditekan sebelum punat speaker turut ditekan. Handphone kembali diletakkan ke sisi sebelum anak mata kembali menatap langit.

📞 bishakuu !!

"Ye Assalamualaikum Maryam Huwaina"
Tenang suaranya memerli Huwaina yang berada di talian.

📞hehe Walaikumusalam abisha.

"nak apa cik Huwaina call saya malam malam ni"

📞 saja tanya khabar.. yelah kau tiba tiba je balik tadi.. mana tak risau aku nyah.
Jelas kedengaran suara gusar seketul Maryam Huwaina

Abisha tersenyum nipis. Ya, dia terpaksa pulang sebelum pembelajaran bermula kerana dada yang tiba tiba dihurung rasa sakit. Antara sebab kenapa dia berada di hospital tika ini.
"aku okay.. biasalah.. doctor rindu aku kot.. tu yang tak bagi aku sekolah"

📞KAU KENE WARDED KE BISHA ?!!

Bergema suara itu di dalam ward milik Abisha. Terpejam matanya seketika. Bantal kecil yang berada di riba dibetulkan.
"taklah.. aku kat rumah"

📞Are u sure Abisha Nayyira ?

Abisha tersenyum nipis. Bulan masih ditatap redup.
"yes i am Maryam Huwaina"

"TIT"
Bunyi tit menandakan panggilan ditutup. Berkerut dahi Abisha apabila Huwaina menamatkan panggilan tanpa berkata apa apa. Badan kembali disandarkan ke kepala katil. Bantal kecil di riba dipeluk erat.

Keluhan lemah dilepaskan melihat tangan yang dicucuk iv drip. Bibir bawah digigit perlahan sebelum dia sekali lagi dikejutkan dengan panggilan telefon.

Jelas tertera nama Huwaina di atas screen yang membuat panggilan video. Abisha menghela nafas lemah sebelum tersenyum nipis. Kenal dengan seketul Maryam Huwaina yang tidak kenal erti putus asa.

Tudung di atas kepala dibetulkan seraya sebelah tangan menekan punat accept. Handphone di atas riba membiarkan screen itu menghadap siling ward.

Jelas tertera wajah Huwaina yang berkerut risau bersama tuala di atas kepala gadis itu.

"yes waina.. u never gonna trust me right?"

📞 yep never. aku call bukan nk tgk siling tau bisha.

Abisha tertawa kecil.
"alah sekali sekala tengok siling"

📞 bisha.. u warded right ?

"ish kan aku kata aku kat rumah"

Telinga menangkap keluhan lemah dari talian.
📞 bisha sejak bila pulak dinding bilik kau ada arah kiblat

Abisha melihat ke arah dindingm. Jelas terlihat tanda yang menunjukkan arah kiblat. Gigi diketap atas kecuaian sendiri. Terus handphone diangkat menghadap wajah.

Membulat mata Huwaina melihat wajah keputihan Abisha pucat lesi.
📞 KAU WARDED BISHA !

Abisha menayangkan wajah malas.
"iyer iyer jangan jeritlah waina. bisinglah"

Hygge Where stories live. Discover now