lapan | umi

184 13 0
                                    

"haq. kita nak singgah kedai aunty mayya jap tauu."

Dan atas permintaan itu, saat ini Noah berada di hadapan butik mewah ini. Tipulah jika dia tidak kenal akan jenama yang sering menjadi bualan orang ini.

Sumayya Intisar.

Terkenal dengan reka bentuk bajunya yang elegant tetapi tetap menutup aurat, membuatkan jenama ini semakin menjadi sebutan ramai. Bahkan Pn Khadeeja turut gemar membeli baju jenama ini.

Noah mengekori Abisha yang selamba melangkah masuk. Arif hanya diam mengikuti dua remaja tersebut dari belakang. Tidak dilupa botol air milik Abisha di tangan.
Budak tu selalu haus, tapi malas nak pegang botol.

Pintu Automatik di hadapan mereka terbuka. Iris hitam dihiasi reka bentuk dalaman butik yang amat elegan pada pandangan mata.

Sempat Anak mata Noah melirik ke arah koleksi koleksi baju yang mungkin menjadi pilihan sang umi di rumah.

"eh abisha."
Seorang staff yang berada di kaunter menyapa Abisha.

Abisha tersenyum manis.
"haiii kak Arwaa !!"

Staff yang dikenali sebagai Arwaa membalas sapaan manis Abisha.
"bishaa lamanya tak jumpaaa !!"

"hehe sorry kak.. bisha kan busy."

"ye awak sorang je busy. akak tak busy."
Arwaa tersenyum mengusik. Anak mata melirik pada dua orang jejaka yang setia berdiri di belakang Abisha.

"ni akak ingat kan.. abang Arif."

Arwaa mengangguk bersama senyuman manis di bibir. Anak mata tidak lepas melirik wajah tampan jejaka itu walaupun jelas Arif hanya beriak beku. Ditambah lagi dengan kaca mata hitam yang terletak elok di puncak hidung menutup anak mata jejaka ini.

Arif berkerut kecil apabila gadis di hadapannya ini seolah olah tidak lepas menatapnya. Seram kita.

"haii.."

Arif hanya mengangguk membalas sapaan gadis yang dikenali sebagai Arwaa itu.

Arwaa tersengih suka apabila Arif membalas. Jujur sejak kali pertama dia berjumpa dengan Arif. Hatinya sudah terpaut. Tetapi malangnya jejaka ini kekal dengan wajah bekunya. Siapa saja tidak jatuh dengan rupa tampan jejaka asli melayu ini.

Dengan kulit sawo matang, ditambah lagi tubuh tegapnya yang tak ubah persis seorang tentera. Walaupun raut wajah itu mahal dengan senyuman tetapi tetap tidak merubah kenyataan bahawa seorang Arif mempunyai rupa yang mampu memikat jutaan wanita.

Abisha tersenyum nakal melihat lirikan Arwaa.
uuu looks like someone catch feelings.

"mana uwais kak ?!"
Soal Abisha seraya anak mata cantik itu melilau mencari tubuh kecil yang dirindui.

"kat belakang dengan buku dia."

Abisha tersenyum lebar.
"bisha pergi belakang eh kak. jom Haq !"

Beg milik Noah ditariknya memaksa tubuh tegap itu agar mengikuti langkahnya. Membiarkan Arwaa dan Arif bersendirian di hadapan.

Noah tersentak tetapi hanya akur pada tarikan Abisha. Sempat matanya melihat sekeliling. Agak terpegun akan reka bentuk minimalist butik ini.

Membulat mata Abisha melihat tubuh kecil yang ligat mewarna.
"uwais!!!"

Si kecil yang mendengar namanya diseru terus mengangkat wajah melihat punca suara. Tubuh yang tadinya meniarap berdiri menghadap Abisha.
"KAKAK BISHA !!"

Hygge Where stories live. Discover now