enam belas | Abhan Nuaim, Sofia Daneena

139 15 0
                                    

Melihat jasad tidak bernyawa milik adik kesayangannya merupakan sejarah hitam paling tidak akan lupus dalam kotak memori Abhan Nuaim.

Satu satunya teman dia dari kecil.
Adik kesayangannya.
Adik yang dia jaga seperti permata.

Kini telah pulang kepada Illahi.

"AllahuAkhbar.."

Serak suara itu mengangkat takbir. Mengimamkan solat jenazah sang adik. Biarpun hati terluka hebat, Abhan bertegas hendak mengimamkan solat jenazah adiknya sendiri.

Biarlah dengan menjadi imam solat ini.
Menjadi bakti terakhir yang mampu dia curahkan pada adiknya.

Cangkul dipegang erat. Menyediakan rumah baharu buat sang adik.Peluh yang merinik langsung tidak menghalang Abhan. Tika ini, adiknya lebih penting.

Arif yang melihat Abhan tidak berhenti bercangkul menepuk perlahan bahu itu.
"han.. dahlah biar aku buat.."

"Jangan halang aku Arif. Ini je yang aku mampu buat untuk adik aku. Untuk kali yang terakhir.. bagi aku peluang untuk berbakti sebagai abang kepada Abisha."
Serak suara itu. Biarpun wajah pucat lesi, dia tetap bersungguh menyediakan rumah baharu adiknya.

Arif menghela nafas berat. Risau dengan Abhan yang tidak berhenti dari tadi.

.⁠。⁠*⁠♡

Abhan menatap sugul jasad yang dimasukkan ke dalam liang lahad. Jasad yang sudah tidak bernyawa. Jasad sang adik yang pernah berada di pangkuannya satu tika dahulu.

Air mata ditahan.

Adik kesayangannya pasti tidak mahu dia menangis saat menghantar jasad itu ke rumah barunya.

Sofia mendekati tubuh Abhan yang hanya terkaku. Tubuh tegap itu dipeluk lalu dielus lembut. Cuba menenangkan lelaki ini.

"bisha mesti bangga dengan abang.."
Perlahan suara gemersik itu berbisik. Menyalurkan kekuatan pada jejaka yang bergelar abang ini.

Abhan kalah. Elusan lembut tangan halus sang isteri dibelakangnya membuatkan dia kalah dengan perasaan. Air mata jatuh membasahi pipi. Apatah lagi melihat betapa terlukanya seorang ibu menatap tubuh anak yang dikandung.

Memori memori sewaktu kecil berlumba lumba menerjah minda. Seolah menoreh noreh luka yang sudah sedia ada ini.

Wajah sang adik yang sedang menikmati ais krim ditatap. Tertawa kecil dia melihat wajah itu comot dengan ais krim.
"ish adik ni.. makan ais krim pun comot."

Abisha memandang Abhan lalu tersenyum manis. Membiarkan Abhan mengelap mulutnya menggunakan tisu.

"abang.."

"hm ?."
Abhan yang masih di Sekolah rendah mengumam menyahut seruan sang adik.

"jom beli wetfood untuk Pearl !."

"ee tak payah nanti ibu marah. kat rumah tu dah banyak dah makanan untuk dorang."

Memuncung bibir Abisha apabila Abhan tidak bersetuju dengan keputusannya.

"ee ngado."
Bibir Abisha dicubit lembut membuatkan gadis kecil itu merengek.

"eee abang apa main cubit cubit ni !."

Bergetar anak mata itu melihat tubuh sang adik disemadikan kembali kepada Tanah.

Tuhan, saat ini.

Tiada yang lebih sakit dari menjadi saksi adik kesayangannya dikebumikan.

Perginya seorang adik.

Yang menjadi teman sepermainannya di waktu kecil.

.⁠。⁠*⁠♡

Hygge Where stories live. Discover now