lima | Haq

218 21 0
                                    

Anak mata Noah masih menatap tubuh kecil yang terbaring lesu di laman. Entah kenapa hatinya dijentik rasa aneh. Kaki tidak mahu menapak pergi meninggalkan tubuh itu. Hati berdegil untuk terus berada di sini biarpun dia tahu gadis itu tidak menyedarinya.

Tuhan,
apakah rasa ini.
mengapa hati aku sakit melihat dia terbaring lesu bersama makhlukmu di sisi.

Tuhan,
apa sahaja yang dia lalui saat ini.
Moga kau mudahkan segalanya buat dia.

"Haq kan ?"

Tersentak kecil Noah apabila ditegur. Kepala beralih melihat seorang wanita yang menyapanya. Wanita ini anggun berpurdah.  Masih dia ingat wanita ini merupakan kakak ipar Abisha.
"eh kak ye saya Haq."

Sofia tersenyum nipis. Kepala melirik ke arah laman.
"tengok bisha ke ?"

Tangan Noah naik mengusap lembut belakang lehernya.
"erm.. sorry kak"

"eh nape sorry kat akak."
Sofia tertawa kecil.

"Haq tolong panggil Bisha makan boleh ?. Dia tak makan dari tengahari lagi tu. katanya nak tunggu fav dish dia."
Pinta Sofia penuh lembut. Jelas pertuturannya sopan dan penuh karisma.

Dapat Noah teka wanita dihadapannya ini seorang wanita yang berpendidikan tinggi.

"erm boleh kak."

"terima kasih ye. akak masuk dulu."
Sofia tersenyum nipis pada Noah sebelum kaki kembali menapak ke ruang makan keluarga.

Noah kembali melihat tubuh Abisha yang masih terbaring. Dengan teragak agak kaki menapak ke laman mendekati tubuh kecil itu.

"meoww."

Noah menghadiahkan senyuman buat Coco yang bergesel di kakinya. Abisha yang masih tidak sedar kehadirannya ditatap.
"erm.. abisha."

Abisha tersentak kecil. Fokus yang tadinya pada Pearl beralih pada tubuh yang berdiri di hadapannya. Iris Hitam dihiasi wajah tampan Noah.

Dengan perlahan tubuh bangun dari baringan. Tubuh yang masih duduk disandarkan pada pasu bunga seraya kepala mendongak menatap wajah Noah yang tidak menatap wajahnya.

"yer ?"

"erm Kak Sofia suruh saya panggil awak makan."
Sedikit tergagap Noah menyatakan tujuannya menegur Abisha.

Abisha terkebil kebil menatap wajah Noah. Dapat dia tangkap telinga jejaka itu memerah.

"pft.. hahahaha"
Terletus tawa kecil di bibir Abisha menghasilkan kerutan di wajah Noah.

"kenapa awkward sangat. n awak saya ? seriously Haq ?"

Noah tersengih kekok. Jujur dia tidak pernah berbual lama dengan insan yang bergelar gadis. Selama ini dia hanya berurusan dengan gadis jika melibatkan hal sekolah.
"pastu nak panggil apa. aku kau ?"

Abisha berura ura sedang berfikir sebelum kepala digeleng menidakkan.
"erm. Bisha. Haq."
Jari dituju pada diri sendiri sebelum beralih ke tubuh Noah.

"or should i call u Noah ?"

"up to u"
Selama ini memang kebanyakkannya orang luar memanggilnya Noah kerana dia lebih gemar begitu. Hanya keluarganya yang gemar memanggilnya Haq. Tetapi entah kenapa dia selesa apabila gadis ini memanggilnya dengan nama panggilan itu.

Seolah olah namanya sangat cantik ditutur dua ulas bibir nipis itu.

"I call u Haq then."
Tersenyum lebar Abisha melihat Noah yang kekok di hadapannya.

Hygge Where stories live. Discover now