lapan belas | Maryam Huwaina

148 14 0
                                    

Album gambar ditatap.

Hiba.

Gambarnya dan Abisha sewaktu mereka menamatkan zaman persekolahan.

Senyuman manis terukir di bibir. Seolah dunia berpihak pada mereka. Tika itu.. rasa gembira memenuhi hati.

Abisha Nayyira.

Terlalu perit untuk Maryam bayangkan hari harinya tanpa gadis ini di sisi.

Bunyi pesanan ringkas masuk menyentakkan Maryam yang masih di dalam persalinan telekung. Jam menunjukkan hampir pukul 4:30 pagi.

Handphone miliknya dilihat. Tiada pesanan bermakna bukan dari handphonenya. Handphone yang terletak di sisi katil ditenung redup.

Handphone milik Abisha.

Dengan teragak agak handphone itu dicapai sebelum dibuka. Beratus pesanan ringkas masuk sejak seminggu yang lepas tetapi langsung Maryam tidak jawab.

Perit.

Perit untuk dia laksanakan permintaan Abisha yang satu ini.

Tangan itu bergetar. Tidak mampu untuk dia lihat lockscreen handphone ini. Gambar Abisha yang tersenyum manis bersama tiga ekor bulus kesayangan gadis itu.

"Ya Allah.."

Laci meja dibuka sebelum sehelai kertas dibawa keluar. Utusan dari Abisha yang diterima olehnya.

Utusan ini. Perit untuk dia baca.

Mengetahui bahawa selepas ini.. tiada lagi utusan utusan ringkas dari insan yang bergelar sahabat.

Buat sahabat kesayangan bisha, Maryam Huwaina.

Maryam melabuhkan duduk di ceruk bilik seraya tangan membuka kertas di tangan. Jatuh air mata yang sudah bertakung apabila melihat tulisan tangan Abisha.

Nafas ditarik. Biarpun perit. Dia harus membacanya.

Assalamualaikum Maryam Huwaina..

Sejujurnya.. perit untuk tangan ini menulis setiap aksara. Mengetahui bahawa selepas ini.. aku tak berkesempatan lagi untuk melihat senyuman kau.

Waina.. kau tahu kan.. aku sayang kau.
aku sayang kau waina.

Kita buat semuanya bersama waina.. kita membesar bersama.. dan kini.. maaf ya.. sebab kau terpaksa terus membesar tanpa aku.

Aku pernah kenal Maryam Huwaina yang versi 5 tahun
Sehinggalah seorang Maryam Huwaina yang versi 20 tahun.

Tetapi apa yang perit..
aku tak akan kenal Maryam Huwaina yang 20 tahun ke atas.

Tetapi percayalah waina.. aku akan semat dalam hati..
Maryam yang aku kenal sepanjang 15 tahun ini..

Seorang Maryam Huwaina yang baik hati.. yang cantik.. yang selalu letakkan orang lain sebelum diri dia.. yang selalu remind aku makan ubat.. yang selalu video call aku..

terutamanya.. yang selalu membebel. hahahah.

Huwaina..
tiada aksara yang mampu aku ucap betapa aku berterima kasih pada Tuhan kerana mengirimkan aku seorang Maryam Huwaina.

No words can explain how i thankful for your existence waina.. terima kasih kerana memberi aku cahaya. terima kasih sebab selalu ada setiap masa. Terima kasih sebab selalu teman aku dekat hospital. Terima kasih sebab selalu simpan rahsia aku..

Hygge Where stories live. Discover now