tiga | gadis hebat

241 16 0
                                    

"NOAH !"

Tersentak Noah dari lamunannya apabila namanya diseru kuat. Kepala menoleh ke pintu dewan. Jelas terlihat Idris berdiri di situ memberi isyarat supaya dia segera masuk. Tahulah dia perlawanan seterusnya bakal bermula.

"erm gotta go. Nice to know you. Abisha."
Senyuman terukir di wajah tampannya.

Tanpa sempat Abisha membalas, tubuh tegap itu sudah menapak pergi menjauhi tubuhnya. Botol air mineral yang masih berada di pegangan ditatap.

Nafas dihela lemah. Bekas ubatan di sisi dikemas lalu kembali dimasukkan ke dalam beg. Jari menari nari di atas papan kekunci hendak memaklumkan pada Maryam bahawa dia akan menyusul dahulu.

Setelah punat send ditekan. Kaki menapak pergi menjauhi gelanggang bola keranjang.

。⁠*゚⁠+

Abhan diam merenung laptop yang berada dihadapannya. Membaca kembali setiap ayat yang ditulis di dalam kerja miliknya.

"WOI !"

Tersentak Abhan apabila disergah kasar. Anak mata menjeling Syafina yang melabuhkan duduk di hadapannya.

Anak mata melirik pada pemakaian gadis di hadapannya.
"tak on call ke ?"

Syafina menggeleng seraya tangan memanggil pelayan agar mengambil pesanannya.
"harini aku oncall malam."

Pelayan yang menghampiri mereka meletakkan buku menu di hadapan Syafina.

"ice americano with chocolate muffin"
Pinta Syafina tanpa melihat buku menu.

Pelayan tersebut mengangguk akur sebelum kembali ke tempatnya.

"malamni ibu buat dinner lah."

Syafina berkerut pelik.
"dinner apa ?"

"ibu kata kawan lama Walid datang. Ibu suruh ajak kau."
Jelas Abhan tenang seraya anak mata masih fokus pada laptop.

"pastu Sofia pesan suruh bawak Riyaz."

Terbeliak anak mata Syafina mendengar pesanan Abhan.
"eh apahal nak bawa Riyaz pulak ?"

"taknak kenalkan ke tunang kau dekat ibu ?"

Riyaz Nuaiman.
Jejaka yang bergelar tunangannya.
Siapa sangka jejaka yang dia kagumi sejak zaman sekolah lagi hadir menemui ibu dan bapanya dengan niat untuk memperisterikan dia.

Memerah wajah Syafina mengingatkan si tunang yang berada jauh darinya.

"eh blushing lak kau.nyampah aku."

Syafina menggulingkan biji mata menyampah melihat wajah menjengkelkan Abhan.
"kau dengan Sofia cane ?"

Air yang baru tiba disedut perlahan.

Abhan fokus pada laptop nya di hadapan.
"cane apa ?"

"bila nak bagi aku anak buah ?"

Hygge Where stories live. Discover now