dua puluh dua | berita.

146 13 0
                                    

Sudah tiga hari semenjak Noah pulang ke Malaysia. Dua hari ini juga dia hanya duduk di rumah melayan Hessa dan menolong umi. Melepaskan rindu.

Noah menatap handphone di sisi katil. Entah kenapa dia pelik kerana dia langsung tidak mendengar khabar dari Anas mahupun Abisha.

Sudah sebulan gadis itu tidak membalas pesannya. Sangkanya mungkin Abisha sibuk jadi dia tidak ingin menganggu gadis itu.

Noah melabuhkan duduk di meja makan.
"umi.."

"hm ?."
Puan Khadeeja mengumam seraya tangan ligat mengupas kulit buah oren. Hessa yang berada di sisi menunggu penuh sabar buah oren dari sang umi.

"sepanjang haq takde.. umi ada jumpa bisha ?."

Terhenti tangan Puan Khadeeja dari mengupas kulit Oren. Nafas ditarik sebelum satu senyuman diberi pada sang anak.
"Adalah beberapa kali.."
Jawab Puan Khadeeja. Matanya mengelak dari bertentang dengan mata sang anak.

"hessa pun dah lama tak jumpa kakak bisha !!.. Umi kata kakak bisha pergi jauhh.."
Hessa berkata petah membuatkan Puan Khadeeja kalut memberi buah oren yang sudah dikupas kepada Hessa hendak menarik perhatian anak gadis itu.

Noah berkerut bingung.
"ada ada je lah awak ni Hessa.."

"Haq ada jumpa Maryam ?."
Soal Puan Khadeeja disambut gelengan dari Noah.

"Haq ingat.. nak minta Anas bawak Haq jumpa Bisha.. dia taktau lagi Haq dah balik.."
Jelas Puan Khadeeja dapat lihat senyuman di wajah tampan itu membuatkan hatinya sayu..

"Haq pergilah bawak Hessa tengok tv kat depan.. lepasni umi datang.."

"okay jom Hessa !!."

Hessa melompat turun dari kerusi seraya mencapai tangan Haq. Retina mata Puan Khadeeja menghantar kedua tubuh itu ke ruang tamu.

Tuhan.. permudahkan segalanya..

aku mohon..

jangan hilangkan senyuman di wajah anakku Noah AlHaq.

.⁠。⁠*⁠♡

5 hari berlalu.. 5 hari itu juga.. Anas tidak sudah mencipta alasan setiap kali Noah memintanya membawa lelaki itu berjumpa Abisha.

Bukan dia tidak mahu.. tapi sejujurnya dia dan Mariam takut.. takut jikalau setelah Noah tahu segalanya.. lelaki itu akan berubah..

Biarlah 5 hari ini.. Noah melepaskan rindu pada keluarga sebelum dia mendengar berita yang menyayat hati ini.

"Uncle.."
Anas menyapa sopan En Illyas yang baru turun dari tingkat atas.. tika ini.. dia dan Maryam berada di rumah Noah. Menunggu lelaki itu.

En Illyas menepuk perlahan bahu Anas.
"Uncle tahu.. this is hard.. tapi dia kena tahu Anas."

Anas mengangguk. Dia nekad. Ini harinya.

Puan Khadeeja yang berada di sisi Maryam hanya tersenyum nipis.

Dapat mereka tangkap derapan kaki Noah melangkah turun dari tingkas atas.
"kenapa korang suruh aku pakai baju melayu ni.. korang nak bawak aku pergi mana ?."

"ikut je lah angah.."
Fateh bersuara.

"jangan kata korang nak suruh aku bagi tazkirah dekat mana mana masjid eh.. aku ni tak grad lagi tau.."

Hampir menepuk dahi Anas mendengar tuduhan Noah.
"takdenya.. dah jom.. nanti lambat.."

Maryam menyalami tangan Puan Khadeeja. Sempat Puan Khadeeja mengusap lembut tangan halus itu. Menyalurkan kekuatan pada Maryam.

Hygge Where stories live. Discover now