empat belas | walid

151 14 0
                                    

Gayung yang berada di tangan Tuan Malik dialurkan airnya pada jasad anak gadisnya. Memandikan jasad yang tidak bernyawa ini. Minda kembali melayar saat di mana dia masih terkial kial memandikan anak gadisnya ini sewaktu bayi.

"haihlah sayang walid.. kita nak mandi ye !."
Tubuh kecil sang Puteri digomol geram seraya kaki Tuan Malik melangkah masuk ke dalam Bilik Air.

Puan Asma di belakang hanya menggeleng. Tubuhnya berdiri di muka pintu mengawasi sang suami memandikan anak gadis mereka.
"hati hati leher dia tu abang.."

Tuan Malik tersenyum lebar.
"yer sayangku.. time abang mandikan Han dulu pun awak cakap macamtu.. abang ingatlah.."

"saya tegur je abang.. lagipun puteri awak tu buas. Tengok tu tengah mandi pun tak duduk diam."
Menggeleng Puan Asma melihat tubuh kecil Abisha bergerak gerak di dalam air.

"sayang ni nak kena shampoo ke rambut dia ? abang tengok ada berapa helai je."
Rambut halus Abisha dimainkan.

"ish abang ni.. meh sini saya ajar.."

Rambut panjang anak gadisnya dielus lembut bersama air mata yang mula bertakung di kelopak. Dulu.. rambut ini halus berada di tangannya.. kini rambut ini sudah beralun lembut.

Perit. Perit mengenangkan tika ini dia sedang memandikan jasad anak gadisnya yang sudah tidak bernyawa. Sedangkan dirasakan baru semalam dia menggendong tubuh kecil Abisha dipangkuan sewaktu memandikannya.

Pedih apabila memori memori lama kembali menerjah fikiran. Dengan tangan yang menggigil hebat, Air dialurkan pada wajah pucat anak gadisnya.

Dia perlu kuat.

Tetapi Tuhan,
Dia juga Manusia.

Dia seorang ayah.
Yang sakit melihat tubuh anak yang ditatang dari kecil kini tidak bernyawa.

Abisha..walid redha.
Tetapi beri walid waktu..
untuk menerima bahawa puteri kesayangan walid..
tidak ada lagi di muka bumi ini.

Beri walid waktu..
untuk melepaskanmu anakku.

Sadisnya.
Tuan Malik juga manusia.

Yang sakit kehilangan anak yang ditatang dari bayi.

Mana mungkin dia kuat apabila memori masih segar mengingati bagaimana tubuh kecil Abisha sewaktu bayi yang dimandikan olehnya.. kini tubuh ini kembali dimandikan.

Bukan dengan gelak ketawa.
Tetapi dengan rasa perit yang menggunung.

Mengetahui bahawa di saat selesai urusan ini..
tubuh ini.. bakal pulang ke rumah baharunya.

.⁠。⁠*⁠♡

Air mata yang mengalir diseka pantas. Tidak mahu isteri dan anak lelakinya melihat air matanya. Yassin ditangan digenggam erat. Bergetar suara itu melanunkan bacaan Yassin.

Biarlah kalimah suci AlQuran ini menjadi peneman anak gadisnya di rumah baharu kelak.

.⁠。⁠*⁠♡

Tuhan, tidak dapat dia ungkapkan perasaannya tika ini. Melihat tubuh anak gadisnya dibaluti kain kafan. Melihat tubuh anak gadisnya pucat tidak bernyawa. Melihat tubuh kesayangannya dibaluti pakaian yang terakhir.

"Tuan.. boleh cium anak tuan untuk kali terakhir.. sebelum kami tutup wajah anak Tuan.."

Tuan Malik menggenggam erat tangan sang isteri yang masih tersedu sedan disebelah. Dengan perlahan tubuhnya mendekati jasad tidak bernyawa puteri kesayangannya.

Hygge Where stories live. Discover now