dua puluh satu | Pulang.

153 13 0
                                    

Pejam celik pejam celik berbaki kurang dari setahun sebelum Noah dapat pulang menemui keluarganya.

Kini dia sepuluh kali sibuk dari kebiasaan. Tahun terakhirnya di sini.. membuatkan jadual dia semakin padat.

Bunyi handphone menyentakkan Noah yang leka menelaah pelajaran. Skrin telefon dilihat terpapar nama Ikram.

📞 Noah..

"hm ?."
Noah mengumam seraya mata masih fokus pada nota miliknya.

📞 aku dengan aisyah ada kat kafe.. turunlah.

"kejap lagi aku turun."

📞 now noah.. orang library tu pun aku rasa dah muak tengok muka kau.

Noah tertawa kecil seraya menghela nafas lemah. Pen diletakkan dari pegangan.
"okay fine."

Noah akur melangkah keluar dari perpustakaan. Sempat dia meminta pertolongan penjaga perpustakaan untuk melihat barangnya.

.⁠。⁠*⁠♡

Noah melabuhkan duduk di sisi Ikram. Aisyah yang berada dihadapan menghulurkan air lemon kepada Noah membuatkan Noah berkerut pelik.

"saya nak kopi, aisyah.."

Aisyah menggeleng bersama wajah serius.
"no.. awak tu setiap hari 3 kali minum kopi.. nope."

Ikram hanya membiarkan Aisyah melarang. Sepanjang 4 tahun mereka bersahabat.. Aisyah lah yang menjaga pemakanan dia dan Noah. Aisyah yang tidak sudah membebel jika mereka buat perangai.

"you act like umi.."
Keluh Noah seraya tangan akur mengambil air lemon.

Aisyah memincing mata seraya bekas yang berisi mee goreng dihulur pada Noah. Satu bekas lagi sudah selamat berada dihadapan Ikram.

Noah mengintai sedikit seraya tersenyum nipis.
"you seriously act like our mother aisyah.."

Ikram yang sedang mengunyah mee di dalam mulut mengangguk.
"betul betul.."

"dahtu sila bersyukur saya ni jaga makan korang.. kalau tak korang balik malaysia nanti kurus kering. Orang tengok pun pelik.. pergi belajar ke pergi berperang."
Bebel Aisyah geram disambut gelak tawa dari Noah dan Ikram.

"can't fight a girl.."
Noah menyuapkan mee ke dalam mulut.

Ikram menghirup air sebelum memulakan bicara.
"Noah.. kau plan nak balik bila ?."

Noah menghabiskan kunyahan.
"a month before final exam.. aku ingat nak balik dalam 2 minggu.. pastu I'll back here first alone.. seminggu before our graduation.. family aku fly sini.."
Terang Noah tentang perancangannya disambut anggukan dari Ikram dan Aisyah.

"awak ikram ?."
Soal Aisyah.

Ikram bersandar pada kerusi.
"ermm parents aku katanya nak datang 1 month before grad.. tapi tak datang sini terus they wanna go stay around the country dulu.. taktau lah plan diorang.."

Noah mengangguk. Sedia maklum Ikram anak tunggal dan ibu bapanya sejenis yang suka bercuti ke luar negara.

Ikram dan Noah menatap Aisyah. Menunggu jawapan wanita itu. Aisyah mengjungkitkan kening melihat tatapan dua lelaki dihadapannya.
"hei parents saya tinggal sini je.. dorang datang esok pun boleh.. jangan nak buat muka macam tu eh.."

Ikram dan Noah tertawa. Sengaja mengusik Aisyah biarpun mereka tahu keluarga Aisyah sudah berpindah ke sini sejak gadis itu berumur belasan tahun. Sebab itu jikalau mereka mahu pergi ke mana mana Aisyah lah yang akan menunjukkan jalan.

Hygge Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz