sembilan belas | umi dan abi haq

144 14 4
                                    

Puan Khadeeja melipat sejadah sebelum diletakkan elok. Hessa yang ketiduran di sisi dielus lembut. Tubuh yang masih mengenakan telekung bergerak mencapai handphone yang berada di atas rak.

Berkerut dari Puan Khadeeja melihat nama sang suami menghantar pesanan ringkas sebelum dia menunaikan solat asar.

Contact Nama itu ditekan.

Bungkam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bungkam.

BAM..

Tubuh Puan Khadeeja jatuh terduduk. Mata mula bersinar menatap sebaris info dari sang suami.

Tidak.
Tidak..

Hati bersungguh menidakkan. Dengan tangan yang menggigil dia terus menelefon sang suami.
"a.. abang.."

Gigil suara Puan Khadeeja menyapa pendengaran En Illyas.
📞 deeja..

"abang tipu kan ?."
Lemah suara Puan Khadeeja. Air mata mula bertakung menunggu masa untuk jatuh.

📞 abang tak tipu sayang.. Bisha menghembuskan nafas terakhir pukul 3 tadi.. sekarang Malik tengah uruskan jenazah anak dia..

Gugur. Air mata seorang ibu gugur mendengar gadis yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri kini telah kembali.
"abang.. deeja nak jumpa bisha.. tolong deeja bang.."
Lirih Puan Khadeeja meminta.

Tolonglah..
dia merayu..
dia mahu bertemu gadis itu buat kali terakhir..

📞 Deeja dengan hessa bersiap.. abang suruh fateh ambil.. pergi masjid terus.. solat jenazah.. insha'Allah bisha akan dikebumi selepas maghrib.

📞 nanti kita jumpa dekat masjid ya.. abang nak tolong malik uruskan arwah abisha.. dia.. nampak lemah sangat sayang.. abang tak sampai hati nak tinggal..

Puan Khadeeja menekup mulut menahan esakkan di dada. Perit membayangkan bagaimana perasaan sahabatnya tika ini.
"Asma.. bang.. Asma macam mana ?."

📞 Asma dari tadi tak bercakap dengan orang.. Dari tadi Sofia tenangkan dia.. dia pucat sangat.. abang nak.. bila deeja sampai nanti.. tolong bagi kekuatan dekat dia.. she need you..

Puan Khadeeja mengangguk. Tubuhnya sudah bersandar pada kabinet. Hatinya hancur. Berita ini amat perit untuk dihadam. Baru minggu lepas dia bertemu Abisha.

Gadis itu masih tersenyum manis. Bergelak ketawa dengannya.

Tetapi hari ini..
dia disapa dengan berita yang menyayat hati.

Panggilan ditamatkan sebelum Puan Khadeeja tersandar lemah menghamburkan tangis yang terbuku.

"umi.."

Mata melihat ke arah tubuh kecil Hessa yang terkedek kedek menapak ke arahnya dengan muka mamai. Jelaslah anak itu baru tersedar dari tidur.

Lama anak mata Puan Khadeeja merenung tubuh kecil anak perempuannya..
"hessa.. meh kat umi sayang.."

Hygge Where stories live. Discover now