tujuh | Arif

202 14 0
                                    

Abisha melangkah keluar dari tandas. Kaki menuju ke singki hendak mencuci tangan sebelum kembali menapak keluar dari tandas awam di medan selera itu.

Handphone di dalam pocket dicapai lalu dibukak paparan screennya. Jelas tertera message dari Noah terpapar di screen.

📱Al Haq: Haq ada latihan basket petang ni. sorry terpaksa cancel mengaji.

Abisha mengemam bibir. Sekarang, setiap petang dia akan ada kelas mengaji dengan Noah memandangkan jejaka itu dengan besar hatinya menerima tawaran walidnya untuk mengajarnya mengaji.

Bak kata Walid.
"bisha ni kerja dia baca buku je. Haq tolong bagi dia rajin mengaji sikit. Dulu uncle ada upah Ustazah, tapi boleh pulak budak ni ponteng kelas. katanya ustazah garang. nakal sungguh."

Abisha memakai begnya di bahu sebelum mengatur langkah perlahan seraya jari menari nari membalas message Noah.

📱Nayyira : kat mana

Berkerut dahi Noah apabila menerima balasan dari Abisha menyoal di mana latihan dia.

📱Al Haq : Gelanggang Basket lah.

Abisha tersenyum penuh makna sebelum melangkah laju ke arah kereta Audi A6 berona silver yang terparking elok di entrace medan selera.

Tubuh diboloskan ke tempat duduk penumpang belakang. Sejujurnya dia lebih gemar duduk di tempat duduk hadapan tetapi entah kenapa kepalanya akan pusing berada di hadapan. Seolah olah bila bila masa sahaja dia boleh rebah. Jadi dia terpaksa duduk di tempat duduk belakang.
"gerak abang arif. CEPAT !"

Berkerut wajah Arif apabila anak majikannya seorang ini seolah olah dikejar hantu. Mcflurry oreo miliknya diletakkan di tempat letak cawan sebelum kaki bersedia di pedal minyak.Akur dengan arahan kereta Audi A6 itu mula bergerak meninggalkan medan selera.

Tubuh Abisha dilihat melalui cermin pandang belakang.
"bisha kena kejar hantu ke ?"

"eh apa abang mengarut ni."

"dahtuu yang kalut semacam kenapa."

Abisha tersengih tidak bersalah.
"takde papeee"

Arif menggeleng perlahan melihat wajah polos Abisha. Fokus kembali diberikan pada jalan raya. Sesekali anak mata melirik pada cawan mcflurry oreonya yang hampir habis.
"Bisha.. petang ni ada fitting baju."

Membulat mata Abisha dibuatnya.
"hah ? fitting baju apa ??"

"untuk dinner esok."

Annual Dinner Malik.co law firm. Acara tahunan yang dianjurkan Tuan Malik Hadi bagi mengeratkan lagi hubungan antara majikan dan pekerja. Sebab itu, ramai graduan universiti jurusan perguaman berlumba lumba hendak menjadi salah seorang peguam firma terkenal ini.

Bukan sahaja terkenal dengan peguam peguamnya yang berpendidikan tinggi, Tetapi firma ini juga terkenal dengan keakraban antara majikan dengan pekerja. Sikap prihatin Tuan Malik Hadi dan Puan Asma dalam menjaga kebajikan pekerja sering menjadi bualan. Tidak pelik jikalau firma ini sering dipandang tinggi oleh masyarakat.

"tapi kenapa bisha kene ikut ?"

"Arahan Tuan Malik."

"tapi tapi.. bisha ada hal petang ni"
Kalut Abisha cuba untuk lepaskan diri.

"hal apa ?"

"bisha.. bisha"

Deringan telefon dari telefon Arif menghentikan perbualan mereka.
"sekejap ye bisha."

Hygge Where stories live. Discover now