dua puluh lima | kembali

133 8 0
                                    

Noah melabuhkan duduk di sisi Pusara yang tertulis Abisha Nayyira.

"Assalamualaikum bisha.."

Tangan naik mengusap lembut tanah itu.

"haq datang.. bawak Hessa."

Hessa yang berada di sisi terkebil kebil melihat tingkah sang abang.

"Hessa.. bagi salam dekat kakak bisha.."

"Assalamualaikum kakak bisha.. umi kata kakak bisha duduk rumah baru.. bila hessa nak jumpa kakak.. umi kata kalau hessa behave hessa boleh jumpa kakak kat syurga. Kakak tunggu Hessa tau !."
Petah suara kecil itu berceloteh.

Sewaktu Abisha pergi.. Hessa masih tidak faham apa yang berlaku. Sering kali gadis kecil ini menyoal keberadaan Abisha sampailah Puan Khadeeja menerangkan cara lembut.

Cukup Hessa faham.. bahawa kelak insha'Allah mereka akan dipertemukan di syurga.

Noah tersenyum nipis. Pundak kepala sang adik yang tersarung tudung diusap.

"kita baca yassin yer untuk kakak bisha.."

Hessa mengangguk laju.
"tapi adik tak reti baca.."

"takpe.. adik dengar je angah baca okay ?."

Tersenyum lebar Hessa mengangguk. Tanah Perkuburan itu dihiasi iringan alunan ayat suci AlQuran dari bibir Noah AlHaq.

Moga asbab dari amalan kecil dia ini.. dapat mengurangkan ujian mereka di akhirat kelak..

.⁠。⁠*⁠♡

Lama mereka berada di situ sehinggakan Hessa sudah tertidur di ribaan Noah manakala Noah masih tetap menatap pusara dihadapannya. Entah kenapa hari ini berat hatinya hendak meninggalkan pusara ini.

"Bisha.. esok haq dah nak balik.. haq ada final exam next week.. insha'Allah lepas habis final.. Haq dah grad.. Bisha doakan Haq yer.."

"Doakan Haq supaya Haq dapat capai impian bisha."

"Haq minta diri dulu Bisha.."

"Terima kasih untuk segalanya.."

"Moga kita dipertemukan di Syurga kelak."

Tubuh kecil Hessa Noah dukung dengan mudah. Pusara itu ditatap buat kali terakhir sebelum kakinya melangkah pergi.

Assalamualaikum.. Abisha Nayyira.

.⁠。⁠*⁠♡

Kuala Lumpur International Airport.

"nanti dah sampai call umi.. ni sapa ambil Haq dekat airport.."
Soal Puan Khadeeja risau.

"Kawan Haq umi.. umi jangan risau Haq dah bagitau dia semalam.."
Ringkas Noah cuba untuk menenangkan Sang umi.

"Seminggu before Haq grad.. kitaorang pergi sana yer.."
Lembut Puan Khadeeja mengingatkan.

"Yer umi.. Haq tunggu.. Umi doakan exam haq berjalan lancar."

"Always Haq.. Umi sentiasa doakan anak anak umi."

Noah mengucup tangan sang umi sebelum tubuh itu masuk ke dalam pelukan.
"take care umi..abi.."

"Along.. nak kahwin tunggu Haq balik dulu.."

Terlepas tawa dari bibir Fateh.
"hah yolahh.."

En Illyas yang menggendong Hessa hanta tertawa kecil.
"adik say bye bye dekat angah."

Hygge Where stories live. Discover now