dua puluh tiga | Noah AlHaq

153 16 0
                                    

Bilik itu gelap gelita.. sepi..

Tubuh Noah hanya bertapa di atas sejadah berjam jam. Wajah itu pucat.. Sampul yang berada dihadapannya ditatap sepi. Tulisan tangan itu dibaca berkali kali.

Buat lelaki hebat.. Muhammad Noah AlHaq.

Saat Luka dihati masih berdarah.. surat ini sampai di tangannya. Dengan perlahan sampul itu dibuka lipatan..

Tuhan,
beri dia kekuatan.

Assalamualaikum.. sahabat syurga bisha.. ataupun lelaki yang berjaya membuat hati ini berdetak dua kali lebih laju.

Di saat surat ini sampai di tangan Haq.. pertama sekali.. bisha nak minta maaf yer ? Maaf kerana lambat. Maaf kerana terpaksa merahsiakan semua ini dari Haq.. Jujur.. untuk menyakiti Haq merupakan perkara terakhir yang bisha mahu buat.

Haq.. jangan marah Anas dan Waina..
Mereka buat semua ini.. atas permintaan bisha..
Bisha cuma nak tengok Haq berjaya..

Haq nak tahu tak ?
Bisha selalu cemburu dengan Haq.

Bisha cemburu dengan adab yang Haq tunjukkan.
Bisha cemburu dengan pengetahuan agama Haq.
Bisha cemburu dengan cara Haq melanunkan bait bait kalimah Allah.

Sehingga bisha memuji didikan umi dan abi yang mendidik Haq sehingga menjadi seorang jejaka yang berpegang pada Agama.

Sedangkan bisha ?
Bisha sering mempersoalkan takdir Tuhan. Bisha tidak redha dengan ujian yang Tuhan bagi pada Bisha..

Jadi bisha tekad.. bisha nak Noah AlHaq berjaya.. berjaya mencapai impian dia.. biarpun bisha tak ada di situ untuk menjadi saksi Haq naik ke atas pentas menggenggam segulung ijazah.

Noah AlHaq.. awak lelaki hebat..
Nama Haq tak akan pernah hilang dari doa Bisha
dan bisha harap nama bisha juga tidak pernah hilang dari doa Haq..

Maafkan bisha kerana terpaksa merahsiakan kepulangan ini.. maaf ya ?
Bisha tahu.. kalau Haq tahu.. mesti Haq akan pulang..
Mesti hati Haq hancur kan..

Bisha taknak.. bisha taknak hati haq hancur..
Bisha nak Haq kejar cita cita Haq.. bisha nak Haq berjaya mencapai impian Haq..

Tolong bisha ye Haq ? tolong berjaya untuk bisha..
tolong kejar impian Haq..

kerana melihat Haq berjaya merupakan impian Bisha.

Tolong capai impian tu bagi pihak bisha ye Haq ?

Noah AlHaq.. walau hanya sekejap kita dapat meluangkan masa bersama.. setiap saat itu tetap bisha ingat.. bisha semat dalam hati..

Setiap saat yang bisha luangkan bersama Haq amat bermakna. and I'll forever cherish that feelings.

Di saat Bisha hampir fade up dengan hidup.. Baiknya Tuhan pada Bisha hadirkan Haq dalam hidup bisha..

Bisha belajar mengaji.. bisha belajar banyak benda dari Haq. Setiap saat setiap masa.. bisha gembira dapat bertemu dengan Haq.

Sehinggakan bisha takut.. takut jika masanya tiba..
masa di mana.. bisha tidak lagi akan dapat meluangkan masa dengan Haq..

Setiap hari.. bisha doa semoga di saat Allah mahu bisha pulang kepada Dia. Dia berikan bisha peluang untuk mengucapkan selamat tinggal pada insan insan disekeliling bisha.

Hygge Where stories live. Discover now