Bab 1

2.3K 104 8
                                    

Gambar yang berada di hadapannya ditenung lama. Perlahan-lahan dia mengangkat matanya untuk memandang mama kesayangannya, Puan Diana. Mama ni biar betul? Senyuman manis diukir lebar sebelum dia menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk. Mungkin mama sekadar mengusiknya. Dia yakin mama tidak serius.

"Mama gurau, kan?" soalnya dengan senyuman senget. Puan Diana mula tersenyum manis untuknya.

"Mama serius. Keluarga aunty Fasha baru saja balik tadi. Kebetulan angah tak ada dekat rumah sebab pergi press conference untuk bersara awal." Balas Puan Diana. Qairul mula menjerit dalam hatinya. Sungguhlah diri dia dipinang oleh perempuan ini? DIPINANG?

Dipinang oleh perempuan berusia 22 tahun? Masih belajar lagi dekat IIUM Pagoh? Sungguh ke mama ni? Bukan dia yang pinang orang, tapi dia yang dipinang? Ya Allah, malunya. Memanglah tidak salah kerana Saiditina Khadijah juga meminang Rasulullah SAW, tapi pada zaman sekarang, rasa macam malu juga. Nampak sangat ke dia tidak laku?

"Tak mungkinlah. Bila masa dia jumpa angah? Angah tak kenal pun dia ni. Lagipun, muda lagi ni. Lapan tahun beza dengan angah. Angah ni dah 29 tahun 11 bulan 3 minggu, ma. Esok lusa dah tiga puluh, officially 30 years old!" balasnya dengan serius.

"Mama serius. Angah ni dah lama sangat bujang. Bujang terlajak dah bagi mama. Dan Hayfa ni dah lama suka angah. Sejak dia datang majlis persandingan adik tiga bulan lepas." Itu pula yang dibalas Puan Diana. Qairul hanya mampu meraut wajahnya.

"Lama apa kalau tiga bulan lepas, mama!" Bentaknya perlahan. Kalau boleh, dia nak berguling-guling di atas lantai sebagai tanda protes!

Bukan apa, budak ni muda lagi. Terlalu muda dan masih belajar. Mungkin ini hanyalah 'phase' yang akan hilang suatu hari nanti. Hanya sekadar suka kerana paras rupa dia mungkin. Bukan nak berlagak, tapi dia memang kacak.

Kedua, hati dia masih tertutup dengan luka dan nanah sejak peristiwa 13 Februari pada 9 tahun yang lalu. Masih berdarah, bernanah dimamah cacing di tempat lukanya itu. Masih segar di minda dan masih terkesan sehingga sekarang.

Sampai sekarang, malamnya terganggu dengan mimpi ngeri. Setiap tahun, pada 13 Februari, dia akan dihantui dengan peristiwa itu sehingga perlawanannya pada tarikh itu juga terjejas. Sampai ada yang menggelar tarikh itu tarikh malang untuk Qairul Darween.

Akhirnya, dia terpaksa bersara awal. Penat dikecam dan penat berlari dari realiti hidup. Dia penat dengan memori yang membunuh separuh jiwanya.

"Mengarutlah mama. Kenapa dia pula pinang angah. Tiga bulan tu tak lama mana. Baru minat angah tiga bulan, dah pinang terus? Gatal sangat ke apa?" Bentaknya dengan lembut. Pelik sungguh.

"Dah kalau suka, apa salahnya terus menghalalkan? Lagipun, nak tunggu angah bawa calon menantu, entah sempat atau tidak mama ni. Usia makin lama makin lanjut, ajal pun bakal menjemput."

"Mama..." Dia tak suka bila mama mula bercakap soal ajal. Entah-entah, dia yang pergi dulu. Qairul mula melepaskan keluhan berat sambil meraup wajahnya. Dia dipinang. Ayat ini masih berligar di dalam benaknya sejak tadi. Rasa tidak percaya pun ada. Gambar itu ditenung lagi. Cantik orangnya, tapi kenapa dia? Kenapa si Hayfa ini pilih lelaki seperti dia? Kerana paras rupakah?

"Gatal sangat ni ma. Ke dia bunting? Angah tak nak jadi pak sanggup." Keluhnya sambil meraup wajahnya. Tak semena, bahunya dipukul kasar.

"Apa cakap macam tu! Budak ni baik! Tak baik cakap orang macam tu! Cuba bersangka baik."

Dia mencebik sendiri.

"Habis tu? Mengejut sangat!"

Puan Diana mula menggeleng perlahan. Qairul mula mengusap pangkal lehernya perlahan. Matanya terus merenung gambar itu. Kemudian, dia menghelakan nafas berat.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now