Bab 21

1.1K 68 9
                                    

Matanya memerhati kelincahan Hayfa yang sibuk memotong bawang, cili, dan berbola ayam untuk memasak. Padahal, Maggi Kari goreng saja pun. Beria betul. Qairul kembali menunduk untuk menulis sesuatu pada post note. Kemudian, dia gulungkan kertas itu lalu masukkan ke dalam balang kecil. Sudah hampir penuh satu balang dengan gulungan kertas warna-warni di dalamnya.

Sedang sibuk menulis sesuatu, Qairul memanggung kepalanya untuk memandang Hayfa lagi. Bau perencah mi segera mula menusuk rongga hidungnya. Kecur pula liurnya. Qairul terus bangkit dari duduknya untuk mendekati Hayfa yang sedang sibuk menggoreng. Dia terus mengerling ke arah kuali. Nampak sedap. Matanya turun untuk memandang tangan kecil Hayfa yang bergerak untuk mencapai dua biji telur yang sudah dibasuh.

Kemudian, Hayfa pecahkan kedua-dua telur itu ke dalam kuali. Dek terasa bagai diperhati, perlahan-lahan Hayfa berpaling. Nasib baik tak terluruh jantung ini apabila terpandang susuk tinggi yang sedang mendominasi ketinggiannya.

"Ish, terkejut Ayfa. Abang ni..." Getusnya perlahan. Matanya kembali untuk memandang masakkannya. Entah menjadi atau tidak. Dia tak biasa buat untuk dua orang makan. Mujur mama dan papa mentuanya tidak mahu. Risau tak menjadi saja.

Kalau tak menjadi tapi dia seorang yang makan, tak apa! Kalau hidang pada orang, haa itu haru!

"Lapar. Lambat lagi ke?" soal Qairul sambil memegang perutnya.

"Dah nak siap." balas Hayfa sambil mengaul mi segera goreng itu dengan telur yang dihancurkan.

Mata Qairul mula mengerling untuk memandang wajah Hayfa. Geram pula tengok pipi kemerahan itu. Tak semena, dia terus menggigit pipi itu. Mata Hayfa terus terbutang luas. Dia terus menolak tubuh Qairul dengan mulut yang ternganga. Tangan terus menekup pipi yang digigit tadi. Sakit pula tu.

"Cepat sikit. Aku lapar." Getus Qairul dengan selamba. Hayfa hanya memandang Qairul dengan muka yang berkernyit. Dah terputus wayar rasional ke apa?

"Hayfa."

"Hah?"

"I think the food's ready. Should I get the plates?"

Hayfa terus mengalihkan matanya untuk memandang Maggi goreng di atas dapur. Terkocoh-kocoh dia mengaul mi segera itu supaya tidak hangit.

"I'll set the table." Getus Qairul sambil meletakkan dua biji pinggan di sebelah dapur. Kemudian, lelaki itu terus bergerak untuk 'menyusun' meja.





Dia sudah gila ke? Macam mana dia boleh terfikir untuk gigit pipi Hayfa! Argh! Kau sudah gila ke, Qairul! Qairul mula menuangkan air teh madu dan lemon yang tersedia di dalam peti sejuk ke dalam gelas. Jantung sudah berdegup laju dek kebodohan diri sendiri. Mesti Hayfa terkejut dan marahkan dia.

Kan? Arghhh, kenapa dengan dia?!

"Er... abang. Jomlah makan. Ke abang belum siap tuang air?" teguran halus dari belakang itu menyentakkan dia. Ish! Janganlah sergah dia! Dia malu tahu tak?

Perlahan-lahan Qairul menutup pintu peti sejuk lalu berjalan ke arah meja makan. Sebolehnya dia tayangkan muka selamba. Padahal, jantung dah siap sedia nak buat terjunan masuk ke dalam hati Hayfa. Eh?

Matanya terus memandang sepinggan Maggi Kari goreng yang terhidang buatnya. Berasap dan menyelerakan. Siap dihias dengan beberapa daun sup dan bawang goreng. Qairul terus melabuhkan duduk dengan senyuman nipis. Tak sangka masakan pertama hasil tangan isterinya adalah Maggi Goreng.

"Maaflah kalau nampak tak sedap. Tapi, Ayfa janji, rasa dia sedap sampai abang tak boleh nak lupakan rasa dia. Esok mesti abang nak lagi." Getus Hayfa sambil tersengih lebar. Qairul mula menadah tangannya untuk membaca doa. Usai membaca doa, dia terus mencapai garfu dan menyuap suapan pertama ke dalam mulutnya.

Matanya mula mengerling ke arah Hayfa yang turut makan Maggi goreng itu. Dia ingat, Hayfa akan kelihatan berdebar-debar, menanti komen dia tentang masakan pertama itu. Tapi, selamba badak saja Hayfa makan depan dia. Nampak macam betul-betul lapar.

Adakah dia terlalu banyak membaca novel cinta sampai dia ingat Hayfa akan berikan riak yang sama seperti watak utama dalam novel?

Jawapannya, ya!

"Sedap." Gumamnya sambil menundukkan pandangannya untuk menyuap suapan seterusnya.

"Kan! Masa mula-mula Ayfa makan, Ayfa terus jatuh cinta! Rasa sedap betul, masya-Allah. Kalau Ayfa bosan kan, atau lapar tapi malas nak masak atau keluar, Ayfa memang akan masak Maggi Goreng je. Simple!" Ujar Hayfa dengan nada ceria.

Qairul hanya mampu mengukir senyum. Makan Maggi goreng pun boleh comot. Matanya mula naik ke arah pipi di sebelah kiri Hayfa. Masih ada kesan gigitan di situ membuatkan Qairul kembali menunduk.

"Tak sedap ke?" soal Hayfa. Bukan dia tak perasan yang Qairul asyik menguis makanan di hadapannya. Atau makanan ini terlalu tak sihat untuk bekas atlet seperti Qairul? Minyak dia pakai pun boleh tahan banyak tadi.

"Sorry kalau–"

"Sedap. Kan dah cakap sedap." Pangkasnya laju. Dia kembali memanggung kepalanya untuk memandang Hayfa.

"Tapi, kalau ada sayur, mesti lagi sedap."

Poof. Terus merah wajah Hayfa apabila menerima komen begitu. Padahal, dia hanya mengusik. Tahu benar dengan perangai Hayfa yang anti-sayur itu.

"Ni! Kan ada sayur." Bidas Hayfa sambil menunding garfunya ke arah daun sup yang berterabur di atas Maggi Qairul.

"Ni daun sup, sayang."

Wajah itu semakin merah.

"Yalah! Sayur juga."

Qairul terus melebarkan senyumannya. Perangai macam budak-budak. Dia kembali menunduk untuk meneruskan suapanya.

"Ini ke soalan untuk game kita nanti, bang?" soalan itu berjaya membuat Qairul melirik matanya ke arah tangan kecil yang sedang bermain dengan balang kecil yang terisi kertas warna-warni itu.

"Hm. Tapi, kau jangan bagi tahu mama kita ambil bekas kuih raya dia. Nanti, mama melenting." Getus Qairul serius. Apabila dia dengar suara mama yang dari jauh, dia terus mencapai balang kecil itu lalu dimasukkan ke dalam bajunya.

Hayfa terus meletuskan tawa kecil sambil memandangnya. Qairul kerutkan kening sambil menyuap mi segara itu masuk ke dalam mulut.

"Amboi! Bergelak ketawanya dia." Tegur mama yang masuk ke dalam dapur. Qairul terus melirik matanya untuk memberi isyarat mata.

Hayfa melebarkan senyumannya sambil memandang Puan Diana.

"Gelak sebab abang ni kelakar." Getusnya sambil ketawa kecil. Puan Diana hanya mampu mengukir senyum. Qairul pula tayang muka selamba. Sempat dia mengerling ke arah Puan Diana yang membuka pintu kabinet di dapur. Janganlah mama perasan bekas kuih dia hilang.

"Angah memang suka buat lawak, Ayfa. Kadang-kadang, lawak dia menyakitkan hati. Harap Ayfa tabah melayan angah ni." Getus Puan Diana sambil mengeluarkan mangkuk sederhana besar.  Hayfa terus memandang wajah Qairul yang kelihatan selamba itu.

"Mama, Ayfa ada buka kabinet atas tadi. Cantik bekas kuih mama." Ujarnya sambil tersengih. Qairul terus mencerlungnya dengan renungan tajam. HAHA! Siapa suruh tinggalkan dia tadi? Ajak berlari bagai! Rasakan!

"Iya? Mama beli dekat France dulu." Balas Puan Diana dengan senyuman lebar.

"Cantik, ma." Getus Hayfa lagi. Tak semena, Qairul menendang kakinya di bawah meja. Mata juga menjegil ke arah Hayfa sebagai amaran. Hayfa terus menghamburkan tawanya. Aduhai... kelakar sungguh orang tua ni.

"Ya? Tapi, kenapa dengan pipi Ayfa tu? Kena gigit dengan angah ke?" Soalan selamba Puan Diana itu buatkan Qairul tersedak. Hayfa pula terus terlopong lalu menekap pipi sebelah kirinya.

Ya Allah, macam mana dia lupa. Qairul terus mengerling ke arah Hayfa. Hayfa pula hanya mampu menunduk. Terus hilang niat nak mengenakan Qairl apabila mama mentuanya komen sebegitu. Gahhh, malunya!

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now