Bab 8

1.2K 79 3
                                    

Qairul melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu tingkat atas. Bermalasan sambil menonton televisyen. Cerita Spiderman No Way Home ditonton dengan bosan. Sudah sepuluh kali dia tengok cerita ini dan filem ini masih filem kegemarannya. Dia terus rebahkan tubuhnya untuk berbaring di atas sofa. Kipas yang berpusing ligat ditenung lama.

Tidak lama lagi, dia akan menjadi suami orang. Rumah juga sudah dibeli di kawasan Pagoh walaupun dia belum memaklumkan langsung kepada Hayfa. Kata orang, wanita sukakan kejutan. Itulah yang dia belajar dari buku 'teks' miliknya. Lagipun, dia belum bawa masuk perabot lagi.

Rumah yang dia beli itu hanya lima minit untuk ke kawasan kampus. Mudah sikit dia nak hantar dan ambil Hayfa. Hayfa pun tak reti memandu.

"Hai, termenung nampak!" dia angkat kepalanya untuk memandang si penyergah tak beradab itu. Tak reti bagi salam ke? Apabila dia nampak wajah adik iparnya yang tersenyum bahagia itu, dia kembali jatuhkan kepalanya untuk memandang siling.

"Aku nak tanya, kau nak jadi duta baju aku tak? Untuk baju raya?" Soal Ammar Haiyan tanpa berselindung. Cis. Itu sahaja yang dia ingin tanya? Tanyalah khabar dulu, sihat ke tidak, makan ke belum. Ini tidak!

"Bergantung pada bayarannya. Kalau masyuk, aku okey. Kalau ciput, no." balasnya dengan agak berlagak. Ini bukanlah kali pertama pereka fesyen menawarkan tawaran sebegini tiga bulan dia bersara. Cuma dia belum bersedia. Dia mahukan rehat. Dia juga sibuk dengan urusan perkahwinan.

Tak lama lagi, Hayfa akan cuti semester. Bermaksud, dia akan menikahi gadis itu tidak lama lagi. Bulan depan. Jadi, dia tidak mahu lakukan apa-apa dalam masa terdekat walaupun kerja yang ditawarkan oleh adik iparnya agak menarik. Kerana dia akan bekerjasama dengan adiknya, Daleeah.

"Come on, angah! Mestilah adik ipar kau yang comel ni bagi payment masyuk." Balas Ammar Haiyan dengan sengih lebar. Menyampah pula Qairul dengan dia ni. Dia paling menyampah apabila Haiyan menggedik dengannya. Rasa nak bagi makan kaki saja.

"Leah mana?" soalnya sambil menegakkan semula tubuhnya untuk memandang si adik ipar itu. Cuba menukar topik kerana dia betul-betul tak mahu bekerja. At least for now.

"Bawah dengan mama. Lagi satu, nak tanya, memang nak bersanding belakang tirai ke?" Soalan Ammar Haiyan berjaya membuatkan dia tersenyum.

"Ha'ah, bersanding belakang tirai. Aku tak nak tayang bini aku dekat semua orang tapi mama dengan Aunty Fasha nak sangat aku dengan dia bersanding, jadi belakang tirai ajelah." Balasnya sambil tersengih. Ammar Haiyan hanya mengangguk sahaja. Memang segala urusan baju, kad dan pelamin serta semua yang berkaitan dengan majlis diserahkan kepada Ammar Haiyan dan Daleeah. Mereka tawarkan diri untuk lakukan semuanya, jadi tugas Qairul mudah sahaja. Tak adalah mudah sangat cuma tak perlu pening kepala.

Jeda.

Qairul tenung skrin televisyen lama. Tom Holland cakap apa pun dia tidak tahu.

"Cantik sangat ke dia sampai kau termenung jauh ni?" soalan Ammar Haiyan dia abaikan. Bukan sebab cantik dan dia bukan fikirkankan Hayfa. Dia tengah fikir pasal benda lain. Tentang dirinya sendiri. Sedang berfikir, sudah bersediakah dia tika ini untuk menggalas tanggungjawab yang berat itu?

Solat istikharah dan solat sunat hajat tidak pernah dia tinggalkan sejak dia berusia 18 tahun lagi dan kalau inilah jawapan doa yang dia titipkan, iaitu seorang isteri yang baik, ibu yang baik dan menantu yang baik untuk ibu bapanya. Jika ada wanita seperti itu, walaupun wanita itu tiada rupa, dia memang dengan membuka hatinya seluas lautan. Sebab itu dia tidak menyuruh Puan Diana memulangkan semula cincin pinangan itu.

Dia tidak pernah ragukan takdir. Cuma, berfikir sekali sekala, akan terlukakah hati Hayfa nanti? Dia berharap, dia tidak melukakan mana-mana hati. Cukuplah hati dia sahaja yang terluka.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now