Bab 7

1.2K 79 6
                                    

Tubuhnya direbahkan di atas katil. Penat dia mencari hotel yang kosong, dan akhirnya dia terjumpa hotel OYO yang mempunyai satu bilik kosong. Walaupun bantal tidak empuk, sekurang-kurangnya dia boleh rehatkan badannya. Habis sengal satu badan. Dia perlu tempat gelanggang badminton untuk bermain bersama pak cik Ahmad. Tak sampai hati mahu menolak selepas dia ternampak wajah berkedut itu bersinar dengan cerianya.

Usai menempah gelanggang itu, Qairul mula memeriksa mesej yang diterima. Dia menerima 10 mesej daripada mama. Mesti mama risau. Tanpa perlu berfikir panjang, dia terus menghubungi Puan Diana. Mata dipejam rapat.

"Angah! Angah pergi mana? Mama risau sungguh bila angah pergi tak balik-balik!" Suara mama memetir sebaik sahaja wanita tersayang itu mengangkat panggilannya.

Dia mula memicit batang hidungnya. Jarang-jarang mama meninggikan suara.

"Angah ke Ipoh. Angah tak bagitahu mama ke tadi?" soalnya lembut. Rasanya dia ada bagi tahu. Ke dia lupa?

"Ipoh? Kenapa awak di Ipoh? Awak cakap awak nak pergi jumpa Hayfa! Bukan ke Ipoh! Sudahlah awak tu suka cakap merapu-rapu! Cakap macam tu, entah-entah hilang ke mana! Janganlah buat mama risau, ngah!"

Qairul terus mengukir senyum. Bila mama cakap begitu, dia terus teringat kata-kata Adlin yang Hayfa juga suka merapu. Mungkin dia memang berjodohan dengan Hayfa. Dua-dua suka merapu.

"Maaf, mama. Angah kalut tadi. Angah dekat Ipoh ni, jumpa Hayfa. Dia accident tadi. Katanya hidung berdarah sebab terhantuk pada seat kereta." Ceritanya dengan senyuman lebar.

Puan Diana mula mengucap panjang. Terkejut mendengar berita ini. Yang lebih mengejutkan, angah ke Ipoh! Mati-mati dia ingat Qairul sekadar ke hospital dalam kawasan setempat. Ini sudah ke negeri lain, siapa saja tak terkejut.

"Okey tak si Hayfa tu?"

"Okey je, ma. Tadi angah dah bawa dia pergi makan."

Puan Diana mengangguk di hujung talian. "Kenapa dia ke Ipoh, ngah?"

"Ada lawatan kelas, site visit untuk subjek dia. Tapi, dia dengan kawan-kawan sekelas dia naik kereta sebab tak dapat mohon sewa bas. Tak sangka berlaku kemalangan begitu. Mujur terlanggar kereta kawan sendiri. Kalau kereta sewa, jenuhlah nak membayar ganti rugi."

Puan Diana terdiam. Ada senyuman yang terukir di bibirnya kala ini.

"Bila angah nak balik sini?"

"Esok? Lepas angah tengok dia gerak ke Taiping." Balas Qairul sambil memisat matanya.

"Mama terkejut betul ni. Awak ke sana naik motor. Tadi awak pakai t-shirt je kan?" Qairul hanya diam. Dia pun terkejut sebenarnya. Entah apalah yang merasuk dirinya.

"Daleeah ada datang ni... katanya dia ada buat salah dengan angah. Duk tunggu angah dalam bilik angah. Awak berdua bergaduh ke?" Soal Puan Diana lembut. Sebenarnya, Daleeah sudah menceritakan apa yang terjadi, tapi dia tak mahu buat anak keduanya sedih.

Qairul hanya tersenyum nipis.

"Cakap dekat dia, kalau nak angah maafkan, dia kena belanja angah PS5. Kalau tak, angah tak akan maafkan dia." Ucapnya dengan nada mengusik. Dia tak adalah marah pada Daleeah. Mana mungkin dia marahkan adik kesayangannya.

"Apa pula ugut adik macam tu?"

Qairul menghamburkan tawa halus. 

"Gurau je. Alaa, gurau pun tak boleh. Angah tak marah pun, tapi mama sampaikanlah pada dia. Untung-untung, angah dapat PS5."

"Yalah. Nanti mama sampaikan. Angah rehatlah. Kirim salam dekat bakal menantu mama, ya."

"Hm..."

Panggilan di matikan. Qairul terus merehatkan lengannya di atas mata. Menutup matanya daripada terkena cahaya lampu. Bibirnya mula mengukir senyum. Terasa lucu apabila dia di sini hanya kerana risau pada Hayfa, gadis yang dia tak pernah kenal.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now