Bab 15

1.2K 82 0
                                    

Hayfa terus turun ke bawah untuk memasak sarapan pagi. Dia agak cuak sebenarnya saat menuruni tangga tadi kerana dia sudah boleh dengar bunyi memotong di dapur. Pasti Puan Diana sudah mula memasak. Dia mula mengintai ke arah dapur. Ya, ibu mentuanya sudah mula bekerja di dapur.

"Err... mama. Selamat pagi." Sapanya dengan lembut. Puan Diana menoleh ke belakang dengan senyuman manis.

"Pagi, sayang. Lena tak tidur? Angah berdengkur? Katil selesa? Kalau tak selesa, nanti mama bagitau papa. Kita tukar tilam." Tutur Puan Diana dengan lembut. Hayfa hanya tayang sengih sambil menghampiri wanita tua itu.

"Lena, ma. Ayfa rasa, Ayfa yang berdengkur." Selorohnya tanpa segan silu. Dia memang selalu berdengkur kalau terlalu penat. Bukan setakat berdengkur, mulut pun boleh ternganga.

"Mama nak masak apa? Ayfa boleh tolong masakkan." Dengan rela hati dia menawarkan diri untuk memasak. Kata mommy, dia kena rajinkan diri untuk ambil hati ibu mentua.

"Mama nak masak biasa-biasa je. Mama ingat nak buat Nasi Lemak aje. Daleeah diet, jadi dia akan makan ringan je. Mungkin nak buat salad dan french toast untuk dia." Balas Puan Diana sambil membasuh ayam.

"Kalau macam tu, Ayfa boleh tolong masak nasi tu. Kalau mama nak Ayfa buatkan salad pun boleh. Mama nak Ayfa buatkan salad apa?"

Puan Diana tersenyum. Rajin sungguh. Nak harapkan anak dara sendiri, Daleeah tu memang tak reti memasak langsung. Eh, lupa. Masak air saja pandai. Suruh masak mee segera pun tersalah sukat air. Haih.

"Ayfa pandai buat salad ke?" Soal Puan Diana dengan senyuman lebar.

"Tak adalah pandai sangat. Cuma, kawan Ayfa pernah ajar buat salad sebab dia budak kulinari." Balasnya sambil mencapai mangkuk kaca yang agak besar.

"Ayfa guna mangkuk ni boleh?"

"Boleh sayang. Memang mangkuk tulah mama guna. Hmm, Ayfa buatlah salad apa-apa pun. Nanti siap, letak dalam fridge. Lepas tu, tolong mama tanak nasi ya." Arah Puan Diana lembut. Dia angguk kepalanya sambil berjalan ke arah peti ais. Hayfa mula menggeledah peti ais itu untuk mencari bahan-bahan untuk dijadikan salad.

Hayfa mula mengeluarkan sebekas buah strawberi, blueberry, kiwi, dan sebiji buah epal. Dia juga mengeluarkan sebiji buah oren dan lemon.

"Mama ada madu?" Soalnya sopan.

"Ada. Ada dekat condiments storage tu ha. Atas kitchen island."

Hayfa mula menggapai botol madu. Puan Diana sempat mengerling ke arah menantunya yang menyediakan salad buah untuk Daleeah dengan senyuman nipis.

"Ma... angah pergi joging kejap." Suara garau yang menyergah itu mengejutkan Hayfa. Dia terus panggung kepalanya untuk memandang Qairul yang muncul di gerbang dapur.

"Haaa, ya lah."

"Abang nak pergi joging? Nak Ayfa sediakan air? Boleh bawa masa joging?" Soal Hayfa dengan serius.

"Tak apa. Nanti balik baru minum." Balas lelaki itu dengan mendatar. Kemudian, Qairul terus menghilang untuk berjoging.

Sebaik sahaja selesai menyiapkan salad, Hayfa mula menolong ibu mentuanya untuk menyiapkan sarapan pagi. Seusai memasak, Hayfa terus menghidang makanan di atas meja.

"Morning!" Sapa Qais dengan rambut yang sudah rapi. Sudah bersiap untuk ke tempat kerja.

"Morning, achik. Dah subuh?" soal Puan Diana dengan lembut, tapi masih kedengaran tegas.

"Dah maa." Balas Qais sambil menarik pinggan untuk menyenduk nasi lemak sendiri.

"Morning people! Hello, Ayfa!" Sapa Daleeah pula yang kelihatan ceria seperti semalam. Suaminya, Ammar Haiyan juga turun bersamanya, melabuhkan duduk di sebelah Qais.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now