Bab 10

1.3K 78 20
                                    

Qairul mencuri pandang ke arah Hayfa yang sedang menikmati mee bandung udang spesial Mek Teh. Dia nampak bahagia. Pipi yang sering berona merah itu sedikit sebanyak menjentik naluri lelaki Qairul untuk terus mengusik gadis ini namun cepat-cepat dia menyangkal segala tipu helah liciknya kerana mereka belum halal. Kalau dengan Daleeah, dia memang akan pastikan adiknya menumpahkan air mata setiap kali dia mengusik adik bongsunya itu.

Dengan Hayfa... heh, dia akan pastikan gadis ini merayu dengan air mata dan pipi yang merah untuk dia berhenti mengusik.

Qairul bungkam. Jauh betul dia berangan. Mentang-mentang dah nak kahwin. Dia mula berdehem kecil. Matanya diturunkan untuk memandang mangkuk mee bandung yang sudah hampir kosong sebelum melirik pandang ke arah mangkuk Hayfa.

Dia makan laju sangat atau Hayfa makan terlalu cermat.

"Abang, Ayfa nak tanya boleh? Tapi, abang jangan marah." Hayfa bersuara tanpa memanggung kepalanya.

"Hm." Balas Qairul mendatar. Keningnya juga sudah terjongket naik.

"Nanti, abang akan kerja dekat sini ke? Atau abang akan kerja dekat KL? Kita akan long distance ke?" soalnya bertalu-talu. Terfikir juga kalau Qairul enggan berpindah ke Pagoh. Pagoh ni tiada apa-apa. Kalau boleh, dia tidak mahu menjadi pasangan jarak jauh. Sudah banyak kali dia mendengar kawan-kawannya bercakap yang hubungan jarak jauh tak pernah menjadi.

Tapi, Qairul pasti ada kerja di Kuala Lumpur. Kalau Qairul katakan ya, siapa dia untuk membantah?

Qairul diam buat seketika. Dia masih tidak mahu buat apa-apa kerja. Mungkin ingin berehat buat satu ke dua bulan lagi sebelum dia bekerja semula. Tapi, kerja apa? Jurulatih? Ugh, dia tak suka mengajar!

"Kenapa tanya?" soalnya pula.

Hayfa tersenyum nipis.

"Saja tanya."

"Tak, aku pindah sinilah. Dekat mana lagi."

Jeda.

Qairul mula menghirup kuah mee bandung semula menolak mangkuk dengan perlahan. Pergh! Memang patut viral. Memang sedap! Udang galah juga segar. Memang puas hati dia makan!

Hayfa terkedu. Kenapalah lelaki selalu makan laju? Tidak mahu Qairul menunggunya terlalu lama, Hayfa mula menyuap mee bandung dengan laju. Tergopoh-gopoh sehingga kuah terpercik pada tudung dan bajunya.

Erk. Alamak! Sudahlah dia pakai dres putih!

"Makan perlahan-lahan, tak boleh ke? Nak pergi mana gelojoh sangat?" bebel Qairul sambil menarik tisu lalu dihulurkan pada gadis itu. Pipi Hayfa merah padma dek menahan malu. Dia mula menayangkan sengih.

"Ayfa tak nak abang tunggu lama sebab tu Ayfa makan laju-laju. Sorry kalau abang tak selesa dengan budak comot macam Ayfa." balasnya malu.

Qairul kerutkan keningnya sebelum menggeleng. Dia bukan tidak selesa, tapi siapa yang susah kalau gadis ini tercekik nanti?

"Makan ni ikut fasa tersendiri. Kalau biasa makan perlahan, makanlah perlahan. Tak perlu nak makan laju sebab orang lain makan laju. Nanti berlaku tidak penghadaman macam mana? Nanti kembung perut, makanan tak cerna." Tuturnya keras. Sekali dengar macam membebel pun ada.

Hayfa mencebik sendiri. Kena marahlah pula.

Qairul mengeluh berat bila menatap wajah Hayfa yang mencuka itu. Comel tapi menyampah!

"Sayur tak makan!" bebelnya lagi sambil menunding sayur sawi yang diasingkan di atas tisu.

Wajah gadis itu semakin masam. Tak boleh ke cakap dengan nada lembut sikit? Sejuk juga hatinya mendengar.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now