Bab 49

1.4K 64 9
                                    

Hayfa mengenakan dres merah jambu yang Qairul maksudkan itu. Dres merah jambu dan sedikit putih, bercorak bunga mawar merah jambu. Hayfa mula mengenakan selendang putih, dan solekan tipis untuk keluar berjalan bersama Qairul. Kemudian, Hayfa mencapai telefon dan sandal putih sebelum keluar dari bilik mereka. Qairul sudah menunggunya di lobi. Kata Qairul, dia mahu membeli air minuman di bawah. Aneh-aneh saja. Padahal, sudah ada dua air mineral kecil di dalam bilik. Hayfa juga sudah beli dua botol air mineral bersaiz besar sebelum mereka naik bot tadi.

Qairul terlalu mencurigakan. Tapi, siapa Hayfa untuk mempersoalkan semua itu. Sebaik sahaja Hayfa tiba di lobi, matanya terus menangkap Qairul yang duduk di sofa sambil menilik telefonnya. Nampak segak dengan kemeja putih dan seluar berwarna khaki itu. Kaca mata hitam disangkut di baju. Hayfa dapat melihat sejambang bunga ros putih dan merah jambu. Eee, sweetlah mamat ni! Bila masa dia beli bunga? Entah-entah, air mineral itu alasan untuk beli bunga. Tapi, dekat pulau ni ada jual bunga ke? Menarik betul!

Dengan senyuman lebar, Hayfa mendekati Qairul. Apabila Qairul memanggung kepalanya untuk memandang Hayfa, senyuman Hayfa semakin meleret.

"Eee, alasan je! Cakaplah nak beli bunga untuk Ayfa," getusnya sambil tersengih. Badannya mula bergerak ke kiri dan kanan, malu tapi mahu yang pastinya. Qairul terus berdiri sambil menghulurkan bunga kepada Hayfa.

"Mestilah kena bagi alasan," balas Qairul sambil tersenyum. Tangan Hayfa mula digenggam kemas sebelum dia dan Hayfa mengatur langkah untuk berjalan di atas pasir pantai yang keemasan. Angin yang bertiupan lembut membuatkan Hayfa terasa tenang. Mereka hanya berjalan tanpa bicara. Hanya sepi bertemankan bunyi laut.

Genggaman tangan Qairul yang terasa kemas Hayfa kerling sekilas. Kemudian, Hayfa ayunkan tautan mereka dengan senyuman yang lebar. Hayfa melontarkan matanya untuk memandang laut. Baru jam 6.46, tapi langit sudah mula kelihatan sedikit oren. Mungkin, matahari dah nak turun.

"Sunset pukul berapa, abang?" soal Hayfa sambil mengerling ke arah Qairul.

"Kejap lagi kut," balas Qairul sambil memandang jam tangannya. Hayfa mula mengangguk perlahan. Langkah mereka diatur perlahan. Apabila Hayfa berhenti untuk menanggalkan sandal, Qairul turut menanggalkan seliparnya. Kemudian, Qairul mencapai sandal Hayfa untuk dipegang. Lengannya Hayfa tarik lembut supaya mereka boleh berjalan di pinggir pantai. Ombak ditolak untuk mengenai kaki mereka, membuatkan Hayfa tersenyum lebar.

"Abang... boleh tak ambilkan gambar Ayfa kejap?" pinta Hayfa sambil menghulurkan telefonnya kepada Qairul. Walaupun sepi antara mereka ini terasa... tenang, tapi Hayfa turut rasa janggal. Qairul terlebih diam hari ini.

Tanpa berkata apa, Qairul mencapai telefon Hayfa, mengundur beberapa tapak untuk mengambil gambar Hayfa. Hayfa mula membuat pose dengan senyuman lebar. Kemudian, Qairul kembali menghulurkan telefon kepadanya. Hayfa terus menilik hasil tangkapan Qairul dengan sengih di bibir.

Apabila tangan Qairul mendarat di belakangnya, Hayfa kembali mengatur langkah. Masih sibuk menilik gambar yang diambil Qairul. Cantik! Dengan langit yang mulai bertukar warna. Laut pula memantulkan cahaya matahari. Dres berwarna merah jambu dan bunga di tangannya.

"Blush colour," gumamnya sambil berpaling untuk memandang laut.

"Yes. It's your colour." Balas Qairul pula. "Kita dah sampai."

Hayfa terus memandang ke hadapan dengan kerutan di dahi. Matanya terus menyapa 'tempat' yang dimaksudkan Qairul. Bunga-bunga ros berwarna putih dan merah jambu memenuhi matanya. Ada wedding altar yang selalu 'taman bunga' itu, dihiasi dengan langsir di setiap penjuru altar itu. Wedding altar itu turut dihiasi bunga ros merah jambu dan putih, serta karpet berwarna putih. Seperti taman bunga... atau majlis persandingan. Ada Daleeah dan Haiyan di situ, membuatkan dia menjadi bingung. Ahli keluarganya yang juga turut berada di situ. Ada Adlin dan... Fina juga.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now