Bab 31

1K 55 2
                                    

Satu langkah ke hadapan. Mereka berdua hidup dengan gelak tawa. Sepanjang beberapa minggu mereka tinggal bersama sebagai suami isteri adalah minggu yang menggembirakan. Ada masa, Qairul akan mengusiknya dengan lawak-lawak yang menjengkelkan, memanggil namanya Pah, atau mengajaknya keluar dating. Ia tak sempurna. Pasti ada sesuatu yang membuatkan janji temu mereka tidak sempurna, tapi baginya janji-janji temu mereka adalah yang paling menyeronokkan.

Dua langkah ke belakang. Selepas Hayfa diserang oleh mak cik yang tidak dikenali itu, dia juga bertanya tentang Lyd. Dan Qairul memilih untuk berdiam diri. Dia juga memilih untuk diam dan tidak membangkitkan persoalan itu. Namun, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Hubungan mereka bagai sedikit goyah.

Hayfa menoleh untuk memandang pintu pagar kampusnya di luar tingkap. Cuti semester sudah tamat dan mereka tidak pernah menjejak kaki mereka ke Tanah Tinggi Genting. Tiada bulan madu. Yang ada, madu basi.

Hayfa mula menggalas beg totenya untuk berlalu keluar dari kereta. Tidak betah untuk terus berada di dalam kereta.

"Tak nak salam suami sendiri ke?" Soalan yang kedengaran mendatar itu membuatkan wajah Hayfa mencemik. Laju dia berpaling lalu mencapai tangan Qairul untuk disalam. Kemudian, dia terus menapak keluar dari kereta. Dia masih rasa sakit hati apabila Qairul tidak menjawab soalannya tempoh hari. Sukar sangatkan untuk Qairul jelaskan siapa Lyd dan mak cik itu. Kalau Qairul jujur, walaupun sakit tapi pasti mereka jumpa jalan penyelesaian dengan berbincang.

"Hayfa."

Langkahnya terhenti apabila terdengar suara garau itu memanggilnya. Nak tak nak, dia terpaksa berpaling untuk memandang Qairul yang menurunkan tingkap kereta itu.

"Balik pukul berapa?" Soal Qairul perlahan. Itu saja yang Qairul mahu tanya? Balik pukul berapa? Hayfa terus menarik mukanya sebelum membalas.

"Pukul 7. Ayfa boleh balik sendiri."

Kening Qairul mula bertaut rapat. "Lewatnya."

"Ayfa gerak dulu. Assalamualaikum!" Ucap Hayfa sambil mengorak langkahnya melepasi pagar kampus.

Qairul menjawab salam itu dengan perlahan. Matanya mengekori gerak geri Hayfa yang berjalan masuk melepasi pagar. Dia rehatkan kedua lengannya di atas stereng kereta. Dagu disangkut di atas lengan, mata masih memerhati isterinya yang berjalan masuk ke dalam kawasan kampus.

Dada kirinya mula terasa sakit. Qairul terus memejamkan matanya untuk menenangkan dirinya sendiri. Dia tak suka dengan situasi mereka sekarang. Tapi, dia sendiri tak tahu bagaimana untuk jernihkan perkara yang berubah keruh ini. Tidak mudah baginya untuk meluah. Wajahnya diraup kasar. Gear 'D' dimasukkan lalu dia memandu pergi dari kawasan kampus itu. Ada tempat yang dia perlu tuju dan dia perlu gerak ke sana sekarang supaya dia boleh tiba di rumah sebelum Hayfa pulang.



Matanya terus merenung ke luar tingkap, memandang manusia yang berjalan di kaki lima. Jarinya mula bermain dengan cincin kahwinnya. Sudah hampir dua jam dia menunggu gerangan yang ditunggu, tapi masih belum muncul. Sudah tiga cawan kopi yang dia minum, namun orang yang ditunggu belum kunjung tiba. Qairul melepaskan keluhan berat.

Baru saja dia mahu bangkit dan beredar dari sini, wajah seseorang yang dinanti menyapa matanya. Wanita itu berjalan ke arahnya dengan angkuh sekali. Tiada senyuman yang menghiasi wajahnya. Qairul kembali menyandarkan belakangnya sambil merenung cincin kahwinnya semula.

Bunyi kerusi ditarik menyapa di koklea telinganya. Namun, dia langsung tidak mengangkat matanya untuk memandang wajah itu.

"Lama tunggu?" soal wanita itu dengan nada lembut. Qairul terus tersenyum sinis. Matanya mula melirik ke arah wanita itu. Masih kelihatan angkuh. Heh!

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now