Bab 38: Flashback II

921 46 2
                                    


Bunyi kamera yang menerobosi telinga sebaik sahaja dia lepasi pintu utama lapangan terbang, namun bunyi lensa itu hanya berdengung di gegendang telinganya. Dia hanya ada satu hala tuju. Namun, sukarnya dia untuk lepasi pihak wartawan ini. Matanya sudah mula berpinar apabila cahaya flash masuk ke dalam retina. Tubuhnya tertolak ke belakang. Tangan yang sejuk itu terus memeluk bahu Daleeah supaya adik bongsunya itu tidak cedera.

"Kenapa Qairul membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan? Sedangkan negara kita sedang mendahului dalam pemainan badminton."

"Adakah Qairul menerima suapan untuk menarik diri daripada pihak lawan?"

"Qairul, boleh tak jawab soalan kami?"

"Qairul, boleh bagi tahu kami kenapa Qairul ambil tindakan drastik untuk tarik diri dari perlawanan?"

"Apa perasaan Qairul apabila sudah kecewakan hati rakyat Malaysia?"

"Qairul!"

"Qairul!"

Bunyi lensa yang tidak berhenti itu membuatkan dia mula rasa pening. Tangan Daleeah yang menggigil dia genggam kemas.

"Tolong ke tepi. Saya dan abang saya ada emergency!" Ucap Daleeah sedikit kuat.

"Mohon ke tepi!" Ujar Abang Luqman pula. Qairul hanya diam sepanjang perjalanan mereka. Mindanya kosong. Dia betul-betul kosong. Dalam mindanya, hanya ada Lydia. Isterinya.

"Adakah Qairul tarik diri kerana perempuan. Adakah ini gadis yang menjadi punca Qairul menarik diri daripada permainan penting?"

"Saya adik kepada Qairul Darween dan kami ada kecemasan dan hal keluarga. Sila ke tepi!" Jerit Daleeah sambil menolak mikrofon yang dihala ke arah Qairul.

Qairul kekal membisu. Dia sudah tiada rasa untuk menjawab apa-apa persoalan kerana dia juga sedang buntu dengan pelbagai soalan yang bermain di minda.

Kenapa?

Sejak bila Lydia sengsara sendiri? Kenapa dia tak pernah tahu. Lydia sentiasa tersenyum. Dia tak pernah mengalami apa-apa masalah. Tak pernah meluah melainkan benar-benar terasa terbeban. Jadi, mengapa? Mengapa... mengapa???

Salah dia? Dia ada buat salah? Dia terlalu sibuk? Dia terlalu bodoh untuk perasan yang Lydia perlukan dia. Dia bodoh! Salah dia! Salah dia! Qairul pejamkan matanya. Cuba mencari mana silapnya.

"Sayang..." Serunya dengan lembut. Dia rasa tidak kena apabila melihat Lydia termenung sendiri menatap langit yang gelap. Qairul mula melabuhkan duduk di sebelah isterinya itu. Dia mula memanggung kepalanya untuk memandang langit. Bibir dijuih ke hadapan.

"Bukan ada bintang pun nak stargazing." Cebiknya. Matanya mula melirik ke arah Lydia di sebelah.

"Memang tak ada." Balas Lydia dengan senyuman nipis. Lydia nampak penat. "Tapi, langit malam nampak macam sunyi. Kalau siang, kita boleh nampak awan, dan cerahnya langit ketika itu. Ada cahaya matahari yang hangat. Bila malam, langit nampak dingin. Nampak sunyi. Lebih-lebih lagi bila bintang-bintang terlindung di sebalik awan tebal. Kita tak boleh nampak kepulan awan pun. Dan cahaya bulan tak sehangat matahari. Kita tak rasa hangat, kita rasa dingin."

Kening Qairul bertaut rapat. Kurang faham dengan metafor isterinya itu. Apabila Lydia memejam mata, isterinya kelihatan sangat-sangat penat. Lingkaran di bawah matanya nampak teruk.

"Sayang. Kalau awak penat, apa kata awak berhenti kerja? Fokus untuk persediaan masuk universiti saja. Saya ada duit, saya boleh bagi awak untuk bayar yuran. Kalau duit tournament tak cukup, saya boleh pinjam dengan papa dan mama.  Saya tak sukalah awak penat macam ni." Ucapnya sambil memicit bahu Lydia. Dia rasa kesian melihat Lydia terkial-kial bekerja tiga jenis pekerjaan sambilan. Kenapa Lydia terlalu degil untuk menerima duit dia? 

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now