11.Pin G.

3.2K 290 22
                                    

Hi everybodyyyyyyyyeahhh! :)

—-

**Chung Ae's POV**

"Mulai hari ni, kau adalah Golden G aku." Chanyeol memberitahu saya.

Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dengan semua yang berlaku lebih tepat. Saya hanya memandang muka Chanyeol.

Dia.. Dia.. Chanyeol baru cium saya, kan?

"Kurang ajar kau Chanyeol!" Sehun yang berada di lantai terus bangun dan memandang Chanyeol. Tangan Chanyeol masih memeluk pinggang saya.

"Kau ingat Sehun. Dia dah jadi milik aku sebab aku dah tanda dia." Chanyeol memberitahu. Chanyeol mengetatkan lagi pelukan tangannya di pinggang saya dan mula berjalan seterusnya menuruni tangga.

"Aku okay." Chanyeol tiba-tiba bersuara. Dia memandang semua ahli kumpulannya.

"Tapi Chan—"

"Aku nak cakap dengan Chung Ae sekejap." Chanyeol memotong Xiumin.

Sehingga sekarang saya masih terkejut.

Sehun kata yang dia akan buat sesuatu kepada saya seperti apa yang dia pernah buat dekat Jieun dulu then dia berlari ke arah saya then Chanyeol tiba-tiba cium mulut saya then saya jadi Golden G dia.

Apa semua ni?

Chanyeol terus menuruni tangga dan saya hanya mengikut jejaknya.

Satu sahaja.

Pinggang saya sakit. Dia masih memeluk pinggang saya dengan kuat. Saya hanya senyap menahan sakit.

Semua pelajar sekarang pasti berada di dalam kelas.

Kami berdua telah sampai di belakang sekolah, tempat di mana saya dan dia pernah bercakap dahulu.

Chanyeol akhirnya melepaskan saya dan saya hanya memandang bawah. Suasana menjadi senyap dan awkward mula memenuhi ruang. Pinggang saya masih sakit kerana Chanyeol.

Chanyeol tiba-tiba memberi saya satu pin yang berbentuk huruf G. Warna emas dan nampak tulen.

Saya memandangnya pelik.

Tiba-tiba Chanyeol menarik tali leher saya sekali lagi dan saya terkejut. Dia.. Tak mungkin lagi sekali, kan?

Chanyeol memandang mata saya dan mata saya memandangnya.

Chanyeol menjeling dan memakaikan pin itu kepada saya tepat di klar leher blazer sekolah saya.

"A-Awak buat apa ni?" Saya bertanya.

Akhirnya.

Chanyeol hanya senyap dan tangan serta matanya lebih fokus pada blazer saya.

"C-Chan—"

"Hari ni rehat dengan group aku. Kalau kau datang sekolah..." Chanyeol berhenti dan memandang saya.

Saya menelan air liur kerana dia terlalu dekat dan dia terlalu handsome.

"Jangan pernah sesekali kau buka pin ni. Pastikan pin ni sentiasa ada dengan kau. Faham?" Chanyeol menyambung.

Saya mengangguk dan dia melepaskan saya.

"Sorry sebab genggam kau kuat sangat tadi." Chanyeol bersuara dan setrusnya pergi dari situ meninggalkan saya seorang.

Saya mengusap pinggang saya dan mencebik.

"Apa yang baru jadi ni?" Saya bertanya pada diri sendiri.

"Kau mesti terkejut, kan?" Suara dari belakang menaikkan bulu roma saya. Saya pandang ke belakang dan nampak Kai sedang menyandar di dinding sambil dia membuka headphone dari telinganya.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now