31. Jawapan.

2.7K 280 40
                                    

Aiman, Pia, love you both :) My Readers too, love you all :)

---

**Chung Ae's POV**

Sejuknya. Angin makin sejuk pula. Saya patut pakai baju berlengan panjang selepas ini.

Saya berjalan perlahan-lahan ke rumah saya dan saya berharap yang ayah sudah pun berada di rumah. Risau pula saya melihat ayah yang sentiasa bekerja keras untuk menyara saya.

Sedang saya berjalan, saya ternampak taman permainan yang kosong. Saya tersenyum dan mula duduk di atas salah satu buaian. Sebelum saya duduk, saya membersihkan sedikit tempat duduk buaian tersebut.

Saya teringat kampung saya. Saya rindu semua yang berada di sana. Memori saya semasa saya berada di sana. Sekolah saya yang berada di sana.

Seoul.

Saya berada di Seoul dan saya keseorangan. Walaupun Seoul adalah kota yang penuh dengan ramai orang. Tumpuan semua penduduk Gosan, Namak, Otgol, Samgwang dan kampung-kampung yang lain.

Saya mula membuaikan diri saya dan tangan saya memegang rantai besi dengan erat. Saya tersenyum.

Sedang saya mengelamun, mata saya terlihat seekor kucing yang sangat comel bermain seorang diri di bawah pokok.

Lebih kepada anak kucing.

Saya bangun dari buaian dan berjalan ke arah anak kucing itu dengan senyap. Saya tersenyum dan saya mencangkung ke bawah. Saya juga membelai keucing tersebut.

"Hi." Saya menyapa kucing tersebut.

Kucing tersebut melihat saya dan dia juga tidak boleh duduk diam. Saya tergelak kecil.

"Kenapa awak sorang-sorang ni..." Saya bercakap lagi dan mengusap badannya pula. Nampaknya kita berada dalam situasi yang sama anak kucing. Saya mengangkat anak kucing tersebut dan meletakkannya di atas tangan saya.

"Kecilnya awak.." Saya membuat suara comel saya. Not to brag. Hahaha.

Saya bermain dengan telinganya. Saya rasa saya mahu mengambilnya sebagai haiwan peliharaan saya tapi... Ayah pula sensitif dengan bulu kucing.

Takkanlah saya nak biarkan di sorang-sorang di sini. Dia terlalu comel... Dengan bulunya yang berwarna kelabu putih.

Saya perasaan yang matahari sudah pun ingin tidur. Warna oren terang sudah mula mewarnai langit. Saya patut balik sekarang.

Saya membelai anak kucing itu sekali lagi dan meletakkannya di tempat asalnya semula, iaitu di bawah pokok.

"Bye. Nanti saya datang lagi." Saya melambai ke arah anak kucing tersebut dan tersenyum.

Saya memandang belakang dan kucing itu terus bermain dengan daun-daun kering yang berada di bawah pokok tersebut.

***

**Chanyeol's POV**

"Chanyeol.. Chanyeol.." Saya terdengar suara. Saya membuka mata saya perlahan-lahan dan duduk dengan lurus.

Saya memandang di sebelah saya dan Julia sedang tersenyum.

"Tak sangka yang awak tidur bila tengok cerita hantu hahaha." Julia tergelak. Lampu yang berada di dalam panggung sudah pun terbuka. Movie tadi sudah pun habis. Macam manalah saya boleh tertidur pula?

"Chanyeol jom lah." Baekhyun yang berada di sebelah Julia mula bangun dan diikuti oleh semua.

"Nah, jacket awak. Thanks." Julia menghulur jacket saya dan saya tersenyum seterusnya mengangguk.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now